Kuasa mekap memang tidak bleh disangkal lagi. Daripada biasa-biasa terus jadi luar biasa, persis artis. Itu yang dikatakan netizen bila melihat transformasi remaja perempuan ini.
Remaja yang dikenali @ashpyxia2 menjadi viral selepas berkongsi video transformasinya di TikTok. Penampilan remaja sekolah menengah di Indonesia itu mengejutkan ramai orang lepas dia bersolek penuh.
Dalam video, remaja menunjukkan penampilannya ketika masih berpakaian seragam, tidak bersolek dan rambutnya tidak tersusun rapi.
@ashpyxia2 ahaha gak punya tv gedee 😫
Berubah 365 Darjah, Macam Artis
Penampilan remaja berubah secara drastik selepas dia mengenakan solekan yang glamor dan menukar pakaian dan rambut juga didandan, dia tak ubah seperti artis.
Video transformasi kini sudah ditonton hingga 16.2 juta kali oleh pengguna TikTok.
Memang Tertarik Dengan Dunia Solekan Sejak Kanak-Kanak
Remaja 17 tahun bernama Prya Arum Budiarti berkata kepada Wolipop, remaja dalam video adalah dirinya, dan mengaku tertarik dengan dunia kecantikan sejak kanak-kanak lagi.
- Foto – TikTok @ashpyxia2
Biasanya nak bersolek dia akan menghabiskan masa 2 hingga 3 jam, yang lama bila dia perlu memikirkan konsep atau tema solekan bagi setiap video.
Hebatkan kuasa mekap!