Perasan tak produk kosmetik lokal lebih cepat berkesan berbanding produk di drugstore atau farmasi? Walaupun berkesan dalam masa yang singkat, pengguna perlu peka dengan bahan yang terdapat dalam produk tersebut.
Sama seperti Krim Herba Kemboja juga, produk ini dikatakan dapat mematikan jerawat, mencantikkan kulit dan sebagainya. Tetapi adakah produk ini selamat dan didaftarkan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)?
Jom semak di bawah.
Individu Bongkar Krim Kemboja Tiada Notifikasi KKM
Menerusi perkongsian video pendek oleh @druglordrxdl di TikTok, individu ini mendedahkan krim Kemboja ini tidak didaftarkan di bawah KKM.
https://www.tiktok.com/@druglordrxdl/video/7006581735806733594?_d=secCgYIASAHKAESPgo8AGnE4kZgDp2lCDSn0hWDhAf3wczjbVofEBEwbaz6pd3hMXnTEys4CgA4qu9mLhqB3Z842hpzPRriEzKuGgA%3D&checksum=&language=en&mid=6889205405096954629&preview_pb=0®ion=MY&share_app_id=1180&share_item_id=7006581735806733594&share_link_id=3bef66f4-584f-4a0f-9b6d-cc57aa692ee2&source=h5_t×tamp=1633385171&u_code=0&utm_campaign=client_share&utm_medium=android&utm_source=telegram&_r=1&is_copy_url=0&is_from_webapp=v1&sender_device=pc&sender_web_id=6893908700412200449
Berkongsi dengan pengguna TikTok yang lain, individu ini telah menyemak nombor notifikasi di krim tersebut pada laman web KKM dan mendapati tiada sebarang notifikasi.
Tambahnya lagi ada yang mendakwa krim Kemboja ini mengandungi bahan yang berbahaya iaitu merkuri. Penggunaan merkuri pada wajah boleh menyebabkan bahan kimia tersebut menyerap masuk ke aliran darah. Pada masa yang sama, bahan kimia ini juga boleh menyebabkan kulit wajah makin menipis.
“Saya Orang Kemboja Pun Takut Nak Pakai”- Pengguna TikTok
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna TikTok mendedahkan krim Kemboja ini sangat berbahaya dan berikan kesan yang tidak diingini pada si pemakai. Yang menarik perhatian penulis adalah satu komen daripada rakyat Kemboja. Ujarnya dia sebagai rakyat Kemboja juga tidak terjebak dalam menggunakan produk berbahaya ini.
“Saya orang Kemboja, saya takut untuk menggunakannya. Saya nampak ramai yang menjual di Shopee dan saya tak mempercayainya.”
Manakala beberapa pengguna lain ada yang mendedahkan penjual krim Kemboja ini mengaku bahawa produk ini tidak mempunyai notifikasi KKM dan mengandungi merkuri.
Manakala dipetik daripada laman web Jabatan Kesihatan Negeri Perlis, Krim Herba Kemboja merupakan antara salah satu produk yang dilarang untuk dijual kerana mengandungi racun berjadual.
“Produk kosmetik itu sudah diuji dan mengandungi racun berjadual. Notifikasi produk tersebut telah dibatalkan dan syarikat bertanggungjawab ke atasnya diarahkan untuk memberhentikan penjualan atau pembekalan serta-merta”, ujar Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.
Tambah Ketua Pengarah Kesihatan itu bagi penjual atau pengguna yang mempunyai produk tersebut, mereka perlu menghentikan penjualan, pengedaran atau penggunaan dengan serta-merta.
Bagi yang pernah atau sedang gunakan Krim Herba Kemboja ini, jika kamu sayangkan kulit cepat-cepat berhenti sebelum menjadi lebih teruk okay!