Ada yang menggunakan witch hazel sebagai toner?
Witch hazel mempunyai reputasi sebagai penyelesaian untuk kulit bermasalah. Dikatakan dapat memperbaiki segalanya dari jerawat hingga kulit berminyak, terbakar akibat selaran matahari, macam-macamlah witch hazel mampu berikan pada kamu. Tapi betul ke berkesan sangat witch hazel untuk kulit?
Witch hazel memang boleh membantu kulit sebagai ubat jangka pendek, tetapi penggunaan jangka panjang boleh mendatangkan masalah, tidak kira jenis kulit atau masalah.
Kenali Witch Hazel
Witch hazel merupakan astringen topikal yang datangnya dari kulit kayu serta daun tumbuhan yang dikenali sebagai “Hamamelis Virginiana”, tumbuhan ini berasal dari Amerika Utara. Tumbuhan digunakan oleh orang asli Amerika sejak dahulu lagi dengan merebusnya untuk merawat iritasi kulit dan juga tumor.
- Foto – MD
Ekstrak tumbuhan sering digunakan dalam oitment dan toner untuk perawatan kulit. Witch hazel mengandungi bahan kimia yang disebut tanin. Apabila disapu terus ke kulit, witch hazel dapat membantu mengurangkan bengkak, memperbaiki kulit dan melawan bakteria.
Tanin dalam witch hazel sangat sensitif. Bergantung pada bahagian tanaman witch hazel yang digunakan, witch hazel secara semula jadi mengandungi antara 8% dan 12% tanin.
Mengandungi 14% Ke 15% Alkohol
Kebanyakan witch hazel yang dijual hari ini disuling dengan alkohol denaturasi (etanol), dengan ekstrak mengandungi sekitar 14% hingga 15% alkohol.
Walaupun proses penyulingan merosakkan beberapa tanin (perkara baik memandangkan tanin merengsakan kulit), tapi penggunaan alkohol pada kulit boleh menjadi perkara buruk kerana ia menimbulkan kerosakan radikal bebas dan merosakkan permukaan kulit.
- Foto – Care To Beauty
Disebabkan itu, untuk jangka panjang witch hazel boleh menipiskan skin barrier dan secara perlahan merosakkan kulit, kerana sifatnya yang kuat dan tajam. Bila skin barrier nipis, mulalah timbul kulit kemerahan dan breakouts.
Sebaiknya bila nak pakai satu-satu produk, lihat kandungan bahan dan elakkan alkohol kerana alkohol boleh binasakan kulit.