Walaupun ada banyak penyakit berbahaya di luar sana, tetapi bila dengar tentang kanser memang automatik meremang bulu roma. Bukan apa, tak ramai yang boleh survive kerana penyakit ini.
Untuk pengetahuan kamu, kanser boleh terjadi disebabkan beberapa faktor. Dan umumnya ia berpunca daripada pemakanan dan persekitaran sekeliling.
6 Perkara Harian Yang Boleh Sebabkan Kanser
Dipetik daripada Petua Ibu, seorang bekas Pegawai Farmasi yang dikenali sebagai Najihah Che Seman ada berkongsi tentang 6 perkara harian yang boleh menjadi penyebab kanser.
#1 Makanan
Tidak mempunyai masa untuk masa menjadi penyebab kenapa ramai memilih untuk makan makanan diproses dan ringan. Bahaya makanan seperti ini, ia mengandungi banyak bahan pengawet, perasa dan pewarna.
Tambahan pula makanan panas yang dibungkus dalam plastik juga berbahaya. Ini kerana bahan-bahan kimia dari plastik tersebut akan dirembeskan keluar ke dalam makanan.
#2 Kosmetik
Jangan terkejut pula, kosmetik pun boleh jadi penyebab kanser terutamanya kanser kulit. Sebab itulah kalau nak beli barangan kosmetik, pastikan kamu elak bahan-bahan berbahaya seperti paraben dan merkuri.
#3 Keturunan
Ramai yang tahu jika ada anggota keluarga menghidapi kanser, berkemungkinan besar untuk ahli anggota lain mendapatnya adalah tinggi sehingga 50%.
Manakala bagi keluarga yang tidak mempunyai sejarah kanser, mereka perlu berhati-hati dan lakukan pemeriksaan secara berkala.
#4 Microwave
Memang mudah dan jimat masa untuk panaskan makanan, tetapi microwave sebenarnya bahaya dan diharamkan di beberapa negara.
Ini kerana microwave mengandungi radiasi yang mengubah DNA makanan kepada bersifat carcinogenic terutamanya makanan bersusu dan bijirin.
#5 Persekitaran
Bagi yang tinggal di kawasan industri atau kilang memang berbahaya kerana kawasan ini merembeskan bahan kimia dan toksik.
“Ketika saya bertugas di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), doktor pakar ada bagitahu kebanyakan kanak-kanak mendapat kanser leukemia menetap di kawasan berdekatan kawasan industri seperti kawasan PAKA.”
#6 Berat Badan Berlebihan
Berat naik mendadak ketika lockdown? Kalau kamu nak tahu berat badan berlebihan atau obes mempunyai risiko yang sangat tinggi untuk mendapat penyakit berbahaya seperti kanser, darah tinggi dan kencing manis.
Jadi kalau berat badan naik atau sudah berlebihan, cepat-cepat cari solusi untuk turunkan dengan segera ye.
Selain itu penyebab lain seperti tekanan, radiasi, asap rokok dan cahaya matahari juga boleh menjadi penyumbang kepada risiko kanser. Jadi cuba amalkan makanan yang sihat dan tinggi antioksidan seperti teh hijau selain daripada jalani gaya hidup sihat.