Terdapat banyak trend kecantikan viral, dari gaya solekan hingga ke trik penjagaan kulit, walaupun ada yang tidak berbahaya, tapi ada setengahnya secara perlahan berpotensi bahaya.
Ahli dermatologi telah mengeluarkan amaran tentang trend kecantikan yang viral di TikTok ini, dan telah menasihati orang untuk tidak mencubanya.
Dalam banyak-banyak trend kecantikan, penggunaan vaseline atau produk berasaskan petroleum di atas pelembap patut dielakkan menurut ahli dermatologi.
https://www.instagram.com/p/CLHtDjYCIOc/?utm_source=ig_embed&ig_rid=397b23e0-ecf3-4fe4-89df-f5144cc503d7
Guna Vaseline Atau Petroleum
Menggunakan vaseline atau gel petroleum di atas pelembap bukanlah tidak elok tapi ia juga bukan untuk semua orang.
Ia pada dasarnya baik untuk mereka yang mempunyai kulit yang sangat kering, dan tidak sesuai untuk kulit yang mudah berjerawat. Hal ini kerana boleh menyebabkan liang pori tersumbat. Sekiranya kulit anda berminyak, ini boleh menyebabkan kemerahan dan kegatalan meningkat.
Kulit berminyak boleh menggunakan pelembap, dan jika mahu perlindungan tambahan di atas pelembap, gunakan rosehip seed oil atau jojoba oil.
Hati-Hati Bila Menggabungkan Produk
Ahli dermatologi mengesyorkan berhati-hati bila menggabungkan produk berasaskan petroleum dengan bahan aktif.
- Foto – Store
Mereka menyarankan agar anda melakukannya pada akhir rutin anda, dan ingat bahawa ia adalah kaedah penyelesaian jangka pendek dan bukan rawatan jangka panjang.
Jangan ikut sangat trend kecantikan viral, tak semua sesuai untuk kulit.