Tak semua kawan kamu boleh percaya kalau nak berkongsi masalah terutamanya mengenai perhubungan dengan kekasih. Kadang kala kawan yang paling kamu percayai itu boleh tikam belakang kamu.
Tikam belakang di sini, mungkin bermaksud mahu kamu dan kekasih putuskan hubungan kerana tidak suka lihat kamu bahagia. Atau mungkin mereka dalam diam sukakan kekasih kamu.
Jika kamu rasakan seperti rakan sukakan kekasih kamu tetapi macam ragu-ragu, cuba perhatikan 7 tanda di bawah;
Dia beri nasihat yang salah
“Putus je lah dengan kekasih awak tu.”
Pernah tak kamu bergaduh dengan kekasih dan meminta nasihat atau pandangan dari rakan? Jika kamu perasan rakan sering berikan nasihat yang negatif atau salah, lebih baik kamu tidak ikutinya.
Tujuannya mungkin mahukan kamu dan pasangan untuk putuskan hubungan supaya dia boleh dapatkan kekasih kamu. Atau rakan kamu suka melihat hubungan kamu hancur dan berharap kekasih kamu akan mencarinya.
Kamu rasa seperti orang ketiga
Bila keluar dengan rakan dan kekasih kamu, kadang-kala rasa kamu rasa seperti orang ketiga. Situasi itu sangat tidak selesa sampaikan kamu rasa kekasih kamu seperti dia punya.
Jika rakan kamu cuba mengeluarkan kamu daripada perbualan dengan kekasih, ia adalah tanda dia mahu mengambil tempat kamu.
Dia menjauhkan diri daripada kamu
Dulu seperti belangkas tetapi sekarang sudah seperti musuh pula. Jangan hairan kenapa rakan mula menjauhkan diri atau dingin dengan kamu. Tambah-tambah lagi bila berkumpul dan ada kekasih kamu.
Mungkin dia tidak mahu kamu dan kekasih bersama atau memberontak dalam diam melihat kemesraan kamu dan kekasih.
Dia hubungi kekasih kamu dalam diam
Simpan nombor sahaja tidak mengapa tetapi kalau sudah hubungi kekasih kamu dalam diam, memang melampau!
Bila tanya pada kekasih kamu dan si dia mengatakan ianya perbualan kosong dan tiada apa-apa, jangan kamu percaya dan okay dengan situasi itu. Fakta untuk kamu, menghubungi kekasih rakan sendiri adalah a big ‘NO’.
Dia sering menyuruh kamu ajak kekasih
Jika kamu merancang untuk bertemu dengan rakan tetapi dia sering menyuruh kamu ajak kekasih kamu, jaga-jaga ini adalah petanda bahaya.
Dia mungkin mahu bertemu dengan kekasih kamu tetapi menjadikan diri kamu sebagai orang tengah.
Dia tahu semua perkara berbanding kamu
Kamu di tahap bahaya sekiranya rakan menunjukkan sisi ini. Dalam hubungan, sangat normal untuk pasangan saling kenal mengenali.
Tapi jika kamu sedar bahawa rakan lebih tahu banyak perkara tentang si dia, ia adalah petanda. Dalam diam rakan mungkin menghubungi kekasih kamu.
Dia lebih banyak bercakap tentang kekasih kamu
Perasan tak bila tengah berbual dia lebih suka bercakap tentang kekasih kamu berbanding dengan kamu sendiri? Memang seronok ada rakan yang boleh bergaul dengan kekasih kita tetapi adakah kamu tidak berasa pelik kenapa dia kerap menyebut tentang kekasih kamu?
Jika dia mengatakan kekasih kamu kacak atau lelaki idaman dan sebagainya, ambil perkara ini sebagai tanda bahawa rakan simpan perasaan suka terhadap kekasih kamu.
Kalau kamu perasan tanda-tanda di atas pada rakan kamu, jaga-jaga dia mungkin mahukan kekasih kamu jadi miliknya.