Kalau kamu masih lagi chill dan anggap masalah penuaan ini berlaku pada usia 40 tahun dan ke atas, sebenarnya kamu salah!
Tak kiralah berapa usia kamu sekali pun, masalah penuaan boleh berlaku pada sesiapa sahaja. Terutamanya pada wanita yang terdedah pada sinaran UV, persekitaran tidak sihat, cuaca tidak menentu dan udara yang tercemar. Jadi apa yang perlu kamu buat?
First thing first, Wanista syorkan kamu untuk masukkan beberapa krim anti aging berikut dalam rutin penjagaan wajah sedia ada.
L’Oreal Revitalift Cream [BELI]
Rimas kalau muka jadi berminyak selepas menggunakan krim anti aging? Cuba kamu pakai L’Oreal Revitalift Cream, selain dapat mengatasi tanda penuaan, kulit kamu akan kekal lembap tanpa rasa berminyak selepas pakai.
Innisfree Orchid Enriched Cream [BELI]
Ramai yang tahu Innisfree merupakan produk kecantikan dari Korea. Selain beberapa produk kecantikan lain, produk krim anti aging jenama ini juga terbaik dan diminati ramai.
Orchid Enriched Cream yang dibuat daripada ekstrak bunga orkid dari Pulau Jeju berfungsi untuk meremajakan kulit wajah, mengatasi tanda penuaan dan mengecilkan liang pori.
The Body Shop Drops Of Youth Cream [BELI]
Terkenal dalam menggunakan bahan semula jadi seperti ekstrak edelweiss, sea holly dan criste marine, The Body Shop Drops Of Youth Cream ini mampu memberikan semula kulit yang lembut dan tegang. Nak lebih berkesan, gunakan seluruh rangkaian Drops Of Youth okay!
Olay Regenerist Micro-Sculpting Cream [BELI]
Popular dalam kalangan wanita, produk Olay ini sangat berkesan dalam menangani masalah penuaan seperti garis halus dan bintik-bintik gelap.
Olay Regenerist Micro-Sculpting Cream mengandungi bahan seperti Amino-Peptide Complex dan Hydra-Firming Complex, memang tak hairanlah kenapa produk ini laku keras dan jadi pilihan.
Sulwhasoo Concentrated Ginseng Renewing Cream EX [BELI]
Berasal dari Korea, krim anti aging Sulwhasoo ini mengandungi bahan utama ginseng yang memberi kesan optimum pada kulit. Antaranya adalah membaiki skin barrier dan tekstur kulit daripada masalah kulit terutamanya tanda penuaan.
Selain daripada menggunakan krim anti aging di atas, kamu juga boleh kurangkan tanda penuaan dengan lakukan beberapa rawatan kecantikan di klinik estetik yang berlesen.