Nampak sedap air lemon diminum panas atau sejuk, nikmat tak terkata. Air lemon kaya dengan vitamin C, bagus dijadikan amalan untuk kesihatan, badan sihat sebab detoks hari-hari, nak membuang pun senang, kulit bertambah cantik berseri.
Berkongsi cara membuat air lemon yang dijamin sedap, resepi wanita yang dikenali sebagai Cik Ainee tular dengan lebih 8 ribu perkongsian.
Resepi Air Lemon Viral
Nak buat untuk satu botol, sediakan 2 biji lemon yang dicuci bersih kerana dengan kulit mahu digunakan.
Lepas itu, potong mengikut citrasa, makin nipis makin sedap dimakan. Biji pula jangan lupa dibuang.
- Foto – FB Cik Ainee
Dah siap potong, masukkan dalam botol. Selepas itu, masukkan air panas dan madu. Sukatan pula 2 biji lemon bersamaan 1/3 madu. Kamu boleh goncang bagi mesra kesemuanya. Rendam dalam air panas 10 hingga 15 minit bagi lemon masak, kulit yang pahit bertukar enak.
Selepas 15 minit tambah air sejuk atau ais, goncang dan bagi rata. Bila nak minum baru hiris halia dan letak cengkih, kalau diletak awal-awal jadi tak sedap.
- Foto – FB Cik Ainee
Nota – Tips nak cari lemon, cari kulit yang agak kasar dan agak menggerutu lemon dah cukup masak dan tak pahit. Jangan pilih yang gebu dan kulit halus, kemungkinan pahit sebab masih muda.
Selamat Mencuba!