Tak semua wanita mempunyai hubungan yang baik dengan ibu mentua. Kalau ada yang dilayan baik seperti anak sendiri, alhamdulillah. Tapi jika sebaliknya, memang meranalah sepanjang hidup.
Walaupun ada yang tertanya-tanya kenapa wanita susah ‘nak ngam’ dengan ibu mentua sendiri, mari Wanista kongsikan beberapa penyebabnya.
Scroll dan baca sampai habis!
Sering Dibandingkan
Jurang di antara mak mentua dan menantu perempuan untuk rapat adalah sangat besar. Bagi menantu bukan pilihan, nak ambil hati mak mentua memang makan masa yang lama.
Tambah-tambah lagi bila kamu letak effort untuk semua benda terhadap mak mentua, tunggulah masa untuk dibanding-bandingkan dengan menantu lain.
Asyik Disindir
Memang penat mental bila asyik disindir. Lebih-lebih lagi bila soal zuriat. Kadang kala, mak mentua tidak faham apabila kita membuat perancangan keluarga.
Ada kalanya bagi menantu bukan pilihan, mak mentua akan lebih suka menyindir atau mengungkit tentang bekas kekasih untuk tujuan menyakitkan hati. Sampaikan menantu perempuan akan rasa seperti tidak wujud dan tidak berguna.
Berebut ‘Kuasa’ Dalam Rumah
Nak tinggal serumah dengan mak mentua? Memang silap besarlah!
Apabila tinggal sebumbung dengan mak mentua, pelbagai konflik akan berlaku seperti berebut kuasa untuk menguruskan hal keluarga dan rumah.
Jadi mak mentua dan menantu perempuan akan menjadi insecure dan terancam sehingga terpaksa bersaing untuk buktikan siapa yang lebih berkuasa.
Tak Berhenti Beri Nasihat
Memang bagus bila mak mentua tidak penat memberi nasihat. Tetapi bila tidak berhenti beri nasihat, memang akan buatkan menantu perempuan jadi terasa hati dan letih.
Dari cara menguruskan rumah tangga, mengurus anak, memasak dan bersolek. Kalau berulang kali beri nasihat, memang menantu perempuan tak mahu dekat.
Masalah Dengan Imej Atau Penampilan
Akhir sekali adalah imej atau penampilan. Memang penting untuk mempunyai penampilan yang kemas dan cantik. Tetapi mak mentua lebih cenderung untuk mengkritik penampilan dan imej menantu perempuan.
Sebagai contoh, mak mentua berkemungkinan menegur tentang cara pemakaian, cara solekan atau pun berat badan.
Jadi itulah beberapa penyebab kenapa wanita tidak boleh ‘ngam’ dengan mak mentua. Cuba kongsikan dengan Wanista, adakah kamu dan mak mentua rapat atau sebaliknya?