Penyanyi berasal dari Indonesia, Agnes Monica sememangnya dikenali kerana fokusnya terhadap kerjaya. Bukan hanya di Indonesia, penyanyi berusia 35 tahun ini telah mencipta namanya sehingga ke persada antarabangsa.
Namun sejak akhir-akhir ini, kehidupan cintanya menjadi bualan netizen. Wanita yang sering berpenampilan seksi ini didakwa sedang hangat bercinta dengan model bernama Adam Rosyadi. Adakah lelaki yang menganut agama Islam ini merupakan lelaki idaman Agnes?
Dipetik dari WOWkeren, sebuah wawancara lama bersama Agnes mendedahkan bahawa dia ada menyebut beberapa kriteria lelaki idamannya.
“Saya menginginkan seseorang yang harus takut kepada Tuhan dan hidup dalam Tuhan. Bukan hanya pergi ke gereja atau membaca Kitab, tetapi dia benar-benar melakukan apa yang Tuhan mahukan dari kehidupan kita,” kata Agnez Mo dalam sebuah program di Indosiar.
“Saya cuba berada di pertengahan, tidak mengikuti perasaan tetapi tidak kehilangan perasaan. Saya juga harus berfikir secara logik, walaupun kadang-kadang ‘Cinta Itu Tak Ada Logika’. Tetapi tidak mengapa, tidak ada logik. Ha ha ha.”
Agnes juga mengakui bahawa dia tidak terlepas dari melakukan kesalahan dalam cinta. Kerana itu, dia tidak mahu mengambil keputusan untuk berkahwin.
“Ya, siapa tahu saya mempunyai pasangan hidup. Itulah sebabnya saya sangat berhati-hati. Bohong jika saya tidak mempunyai pengalaman buruk,” kata Agnes.
“Pengalaman yang membuat saya belajar, membuat kesilapan, membuat saya belajar bahawa setiap orang di sekitar kita harus seimbang, bukan dari masalah material, tetapi dari masalah visi, misi, agama, moral, kecerdasan.”
Dalam pada itu, ternyata Adam kini membuatkan Agnes jatuh cinta sekali lagi. Nampaknya ramai orang menyedari bahawa Adam perlahan-lahan diterima oleh keluarga Agnes.
Sering membantu dan terlibat dengan projek yang dijalankan oleh Agnes, Adam dilihat selalu bersama Abang Agnes sekaligus pengurus Agnes, Steve Mulyoto.
https://www.instagram.com/p/CU4TmlFvfA_/?utm_source=ig_embed&ig_rid=7d09f173-0ce2-4afe-a7a4-41af3d16105e
Adam Rosyadi Dah Ada Tarikh Nikah?
Dalam perkembangan lain, Adam telah memuatnaik sebuah tarikh di IG Stories iaitu pada 23 November 2024. Ramai yang percaya, bahawa ia adalah tarikh akad nikah yang dirancang oleh Adam dan Agnez. Adakah ia benar? Sama-sama kita nantikan.
- Sumber: Instagram @ryoshiadam