Beauty is pain!
Tular tiga tahun lalu, penyanyi Krisdayanti pernah dedahkan rahsia kecantikannya untuk kekal cantik dan awet muda. Dia sanggup menghabiskan duit hampir RM300K setahun bagi melakukan rawatan wajah yang menggunakan DNA ikan salmon.
Trend yang popular di Korea Selatan ini telah membuatkan Krisdayanti kekal awet muda walaupun usianya hampir mencecah setengah abad.
Satu Suntikan DNA Salmon Setiap Tahun
Dipetik daripada Kompas, Krisdayanti mendedahkan suntikan DNA ikan salmon membantu dirinya untuk mendapatkan kulit yang cantik dan awet muda.
“Fungsi DNA ikan salmon adalah untuk meremajakan kulit kita. Kalau di Korea Selatan dan Singapura, banyak rawatan kecantikan yang gunakan ikan salmon. Sebab itulah kulit mereka sangat cantik, bersih dan berkilau.”
Mempunyai pelbagai kebaikan pada wajah, penyanyi ini akan mengambil satu suntikan bagi setiap tahun. Tambahnya lagi ikan salmon mengandungi omega 3 yang penting untuk dapatkan kulit yang cantik.
Kebaikan Ikan Salmon Pada Kulit
Selain menjadikan kulit makin cantik dan awet muda, ini antara kebaikan ikan salmon yang ramai tak tahu;
#1 Kulit Lebih Lembap
Bukan sekadar claim, DNA ikan salmon boleh membuatkan kulit menjadi lebih lembap.
Menerusi kajian dalam International Journal Of Cosmetic Science, DNA ikan salmon berupaya merangsang pengeluaran hyaluronic acid dalam sel tisu kulit. Tujuannya adalah untuk meningkatkan kandungan air pada kulit bagi melembapkan kulit sepanjang hari.
#2 Mencerahkan Kulit
Mengambil suntikan DNA ikan salmon boleh mencerahkan kulit kerana ikan salmon mengandungi peptide yang merangsang pengeluaran kolagen dengan lebih cepat. Hasilnya kulit lebih nampak cerah berbanding sebelumnya.
#3 Menghalang Penuaan
Ramai wanita risau apabila usia meningkat, pengeluaran kolagen dan elastin dalam kulit akan berkurang. Bermulalah tanda-tanda penuaan seperti pigmentasi, kedutan dan garis halus.
Bila gunakan DNA salmon dalam rutin kecantikan, ia dapat memperbaiki struktur tisu kulit dan menjana semula sel kulit lama dengan yang baru. Malah ikan salmon juga dapat menghalang keradangan terutamanya pada kulit sensitif.
Itulah antara kebaikan DNA ikan salmon dalam kecantikan. Jika ada duit lebih ambillah suntikan DNA ikan salmon seperti Krisdayanti, barulah cantik dan awet muda!