Dengar pengumuman Perdana Menteri (PM) baru-baru ini terasa seperti mendengar pengumuman raya pula. Seronok dan teruja!
Yang menarik perhatian orang ramai selain kebenaran merentas negeri adalah kebenaran untuk ke luar negara! Bermula 11 Oktober 2021, rakyat Malaysia dibenarkan untuk melancong ke luar negara berdasarkan beberapa syarat.
Semak perkongsian di bawah untuk ketahui negara mana yang terima pelancong Malaysia dan apakah syarat mereka.
#1 Itali
Syarat:
- Perlu lampirkan keputusan negatif ujian RT-PCR yang diambil dalam masa 48 jam sebelum berlepas.
#2 Turki
Syarat:
- Tidak perlu menjalani kuarantin.
- Negatif dalam ujian RT-PCR dalam masa 72 jam semasa perjalanan.
#3 Qatar
Syarat:
- Tidak perlu kuarantin.
- Wajib lakukan ujian PCR dalam masa 72 jam sebelum perjalanan.
- Pelancong yang menerima vaksin Sinopharm, Sinovac dan Sputnik perlu mengambil serology antibodi sebelum tiba.
#4 Mesir
Syarat:
- Tunjuk sijil vaksinasi lengkap COVID-19.
- Tidak perlu tunjuk keputusan negatif RT-PCR.
- Wajib melepasi tempoh 14 hari matang selepas divaksin.
#5 Jordan
Syarat:
- Lengkapkan borang kemasukan sebelum berlepas dan dapatkan kod QR sebagai pengesahan.
- Negatif dalam ujian RT-PCR dalam masa 72 jam sebelum berlepas.
- Pelancong dewasa dan kanak-kanak wajib perlu lakukan ujian RT-PCR semasa ketibaan.
#6 Finland
Syarat:
- Berkemungkinan boleh melancong bermula 25 Oktober 2021.
- Perlu lengkap 2 dos vaksinasi.
- Perlu lakukan ujian PCR sebelum berlepas.
- Wajib kuarantin di Finland.
#7 Iceland
Syarat:
- Perlu lengkap 2 dos vaksinasi.
- Wajib lakukan ujian PCR dan sekiranya negatif tidak perlu dikuarantin.
- Pelancong perlu mohon visa dan bawa bersama.
#8 Kanada
Syarat:
- Perlu divaksin dengan lengkap.
- Wajib melepasi tempoh 14 hari matang selepas divaksin.
- Lampirkan sijil keputusan negatif RT-PCR yang dilakukan dalam 72 jam sebelum berlepas.
#9 Belanda
Syarat:
- Perlu lengkap dos kedua vaksinasi.
- Lampirkan bukti keputusan negatif COVID-19 sebelum perjalanan.
- Wajib memakai pelitup muka di tempat awam terutamanya dalam kenderaan awam.
#10 Ukraine
Syarat:
- Boleh melancong sekiranya mempunyai sekurang-kurangnya 1 dos vaksin COVID-19.
- Kuarantin tidak diwajibkan dan perlu sahkan tiada simptom jangkitan COVID-19.
- Perlu beli insurans perjalanan di syarikat insurans berdaftar di Ukraine (meliputi kos rawatan COVID-19, pemerhatian dan sebagainya).
- Wajib muat turun aplikasi kesihatan kerajaan Vdoma.
#11 Perancis
Syarat:
- Sertakan bukti vaksinasi dan pernyataan sumpah bahawa kamu tiada sebarang simptom jangkitan COVID-19.
- Tidak berhubung dengan kes COVID-19 yang disahkan dalam 14 hari sebelum perjalanan.
- Muat turun dan aktifkan aplikasi TousAntiCovid ketika di Perancis.
#12 Maldives
Syarat:
- Perlu negatif dalam ujian PCR dalam masa 96 jam sebelum perjalanan.
- Keputusan ujian perlu tunjukkan nama, alamat makmal dan tarikh sampel dengan jelas.
- Lampirkan keputusan pada borang Deklarasi Kesihatan Pengembara dan hantar secara taian dalam masa 24 jam sebelum tiba di Maldives.
- Pelancong wajib muat turun aplikasi TraceEkee semasa berada di Maldives.
#13 Arab Saudi
Syarat:
- Hanya untuk tujuan umrah saja dibenarkan.
- Perlu lengkap 2 dos vaksinasi.
- Pelancong perlu mohon visa.
- Pelancong yang mendapat vaksin AstraZeneca, Moderna, Pfizer, Johnson & Johnson saja dibenarkan.
- Akan diberikan booster tambahan.
#14 Dubai (UAE)
Syarat:
- Wajib mohon visa pelancongan.
- Tidak diwajibkan untuk dikuarantin kecuali memiliki simptom COVID-19.
- Pelancong perlu lakukan ujian PCR di lapangan terbang UAE.
#15 Switzerland
Syarat:
- Kemukakan borang kemasukan yang diisi di telefon pintar atau komputer sebelum perjalanan dan terima kod QR sebagai pengesahan.
- Tidak perlu tunjukkan hasil ujian negatif COVID-19
- Kanak-kanak bawah 16 tahun tidak perlu buktikan ujian negatif COVID-19 semasa masuk ke Switzerland.
#16 Amerika Syarikat
Syarat:
- Dinasihatkan melancong bermula November.
- Perlu tunjuk bukti lengkap divaksinasi.
- Negatif dalam ujian RT-PCR dalam masa 72 jam sebelum perjalanan.
#17 United Kingdom (UK)
Syarat:
- Tak perlu jalani kuarantin.
- Negatif dalam RT-PCR dalam masa 3 hari sebelum perjalanan.
- Dibenarkan masuk selepas disahkan negatif COVID-19 menerusi ujian RT-PCR semasa ketibaan.
- Pelancong dibenarkan untuk mendarat di salah satu daripada 8 lapangan terbang yang dibenarkan sahaja. [KLIK DI SINI]
Selain itu antara beberapa negara lain yang membenarkan pelancong Malaysia adalah:
- Brazil
- Pakistan
- Jerman
- Mexico
- Sepanyol
- Ireland
Apa-apa pun sebelum melancong ke luar negara, pastikan kamu dan keluarga lengkap divaksinasi dan patuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) seperti biasa okay? Selamat bercuti!