Pernah dengar jenama Dermalogica? Rangkaian Dermalogica Clear Start mensasarkan untuk kulit yang berjerawat dan berminyak.
Pakar kulit percaya bahawa kesihatan kulit sangat penting dalam penjagaan kulit. Sarah Morris, Master Instructor of Dermalogica dan Shelly Diefenbach, Brand Project Manager of Dermalogica Clear Start telah mengumpulkan 5 produk kegemaran setiap wanita dalam melahirkan kulit yang licin dan bersih sempurna.
Produk multi-tasking yang hebat ini akan membantu meningkatkan penampilan anda sambil merawat kulit penyebab jerawat, liang pori tersumbat dan berminyak.
Dermalogica Clear Start Breakout Clearing Foaming Wash (295ml), RM 149
- Foto – Sephora
Mulakan hari anda dengan membersihkan sel-sel kulit mati, kotoran dan minyak berlebihan dengan pembersih berbuih ini. Basahkan sedikit pada wajah, belakang badan, leher, di mana sahaja anda mahu membersihkan kotoran dan merawat jerawat.
Dermalogica Clear Start Cooling Aqua Jelly, RM 125
- Foto – Sephora
Pelembap Cooling Aqua Jelly ini membantu mengurangkan pengeluaran sebum berlebihan dan menghidratkan kulit. Dengan sifat menyegarkan dan menenangkan, ia menyejukkan kulit berminyak tanpa menyumbat liang yang membantu mencapai penghidratan seimbang.
Dermalogica Clear Start Clearing Defense SPF 30, RM 149
- Foto – Sephora
Pelempap SPF 30 spekrum ini juga berfungsi sebagai pelindung matahari, bertindak dengan melindungi daripada sinaran UV yang menjengkelkan, tekanan persekitaran dan kesesakan dari alat solek.
Dermalogica Clear Start Breakout Clearing Booster, RM 119
- Foto – Sephora
Dikuasakan oleh Salicylic Acid, Niacinamide, dan Ekstrak Chondrus Crispus yang berasal dari Rumpai Laut, ini membantu merangsang pengelupasan semula jadi, menguatkan penghalang pertahanan kulit, dan mengunci kelembapan untuk menenangkan kulit yang teriritasi.
Dermalogica Clear Start Micro-Pore Mist, RM 109
- Foto – Sephora
Mengecilkan penampilan pori-pori dengan campuran Niacinamide dan bahan penurun sebum seperti ekstrak Witch Hazel, Teh Hijau dan Bunga Matricaria dan Ekstrak Timun.
Dermalogica Clear Start kini boleh didapati di sephora.my.