“Dah tahu bahan beracun, tapi kenapa masih ada orang jual?”
Setiap tahun ada beberapa produk penjagaan wajah yang diharamkan penjualan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) atas alasan memudaratkan kesihatan pengguna.
Berikut merupakan tiga produk penjagaan wajah yang cukup dikenali namanya diban oleh KKM kerana mengandungi bahan beracun.
Brilliant Skin Essential Whitening Skin Cream – Mengandungi Tretinoin
Produk kosmetik yang dicampurkan dengan tretinoin biasanya digunakan untuk merawat jerawat dan mengurangkan kedutan. Walau bagaimanapun, penggunaan produk yang tidak diawasi boleh menyebabkan kemerahan pada kulit, rasa tidak selesa, terbakar, mengelupas dan hipersensitiviti terhadap cahaya matahari.
Lana Radiance Night Cream – Mengandungi Racun Hydroquinone
Produk kosmetik yang dicampurkan dengan hydroquinone, jika digunakan boleh menyebabkan kemerahan pada kulit, ketidakselesaan, perubahan warna kulit yang tidak diingini dan juga boleh menyebabkan kulit menjadi hipersensitif.
Kesan sampingan penggunaan hydroquinone dapat menghentikan proses pigmentasi (depigmentasi) yang mengurangkan perlindungan kulit dari sinar UV dan ini dapat menyebabkan barah kulit.
Deeja Cosmetic Yulai Cream – Mengandungi Hydroquinone & Mercury
Untuk produk yang dicampurkan dengan merkuri, kesan sampingan apabila diserap oleh badan boleh menyebabkan kerosakan pada buah pinggang dan sistem saraf. Ia juga boleh mempengaruhi perkembangan otak kanak-kanak.
Apabila produk digunakan pada kulit, ia boleh menyebabkan ruam, kerengsaan dan perubahan pada kulit.
Dipetik dari New Straits Times, National Pharmaceutical Regulatory Department (NPRA) telah menamakan tiga produk kosmetik yang mengandungi racun berjadual yang boleh membahayakan kesihatan.