Mak ayah pesan jangan suka pada lelaki yang jahat atau suka mainkan perasaan, tetapi kebanyakan wanita lebih tertarik pada lelaki jenis bad boy. Kenapa ye?
Kalau kamu nak tahu, lelaki yang memiliki perwatakan bad boy ini lebih menarik berbanding lelaki biasa. Malah sains juga ada menyatakan sebab kenapa wanita lebih suka dan memilih bad boy sebagai pasangan mereka.
Wanita Lebih Pilih Bad Boy, Apa Kata Sains?
Menurut sains ketika ovulasi, wanita akan dipengaruhi oleh hormonnya untuk melihat lelaki manakah yang sesuai menjadi bakal bapa kepada anak-anaknya.
Ketika ini hampir 3/4 wanita akan lebih tertarik dan memilih lelaki yang tampan, berkarisma, memberontak dan nakal.
5 Sebab Kenapa Wanita Sangat Sukakan Bad Boy
Bagi yang tertanya-tanya mengapa wanita sangat sukakan bad boy dan mahu jadikan mereka sebagai pasangan, ini adalah sebab-sebabnya;
#1 Fizikal Yang Lebih Tampan
Lumrah setiap orang termasuklah wanita untuk menyukai sesuatu yang cantik, tampan dan sedap mata memandang. Kalau kamu perasan, kebanyakan bad boy mempunyai penampilan yang lebih menarik dan tampan.
Tak kiralah dari segi gaya rambut, pakaian mahu pun bentuk wajah, jika pandai menjaga dan sentiasa tampil kemas, memang wanita akan sukakannya!
#2 Miliki Personaliti Yang Lebih Menarik
Umum tahu bad boy hanya pentingkan diri sendiri dan tidak pedulikan orang lain. Tetapi bila berkaitan dengan wanita, mereka akan melayan wanita dengan sebaiknya. Malah jika menghargai wanita, mereka akan hargai lebih daripada lelaki biasa mampu lakukan.
#3 Wanita Sukakan Cabaran & Keseronokan
Paling ramai wanita setuju! Lelaki ‘bad boy‘ ini lebih seronok dan penuh dengan cabaran. Bagi wanita, lelaki yang tidak tahu have fun dengan kehidupannya adalah lelaki yang membosankan dan tidak seronok untuk bergaul.
Tambahan pula, bad boy tidak pernah rasa penat dan sentiasa setuju untuk lakukan apa jenis cabaran dan keseronok dalam hidup mereka.
#4 Rasa Dilindungi Bila Berada Di Sampingnya
Tak ada wanita yang tak mahu dilindungi bila bersama dengan orang yang disukainya. Sebab itulah kebanyakan wanita gemar memilih bad boy sebagai pasangan mereka.
Kalau kamu nak tahu, bad boy menjadi pilihan wanita kerana mereka beranggapan lelaki jenis ini boleh melinduni dirinya daripada bahaya. Malah penampilan bad boy selalunya lebih kuat dan sasa.
#5 Lebih Berkeyakinan Tinggi Berbanding Lelaki Biasa
Kebiasaannya lelaki yang kurang keyakinan diri tidak akan dipandang atau disedari oleh wanita. Sebab itulah wanita sangat memilih bad boy sebagai pasangan mereka.
Bukan sahaja berkeyakinan diri dalam sikap dan pergaulan, malah nak buat keputusan pun mudah serta berkeyakinan. Memang ciri-ciri yang wanita idamkan!
Setiap orang memiliki taste yang berbeza, dan kebanyakannya sukakan lelaki jenis bad boy. Kamu pula bagaimana?