Usahawan transgender, Nur Sajat Kamaruzzaman telah mendakwa bahawa payudara dan alat sulitnya diraba ketika ditangkap oleh pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pada bulan Januari yang lalu.
Laporan media The New York Times (NYT) semalam melaporkan laporan terperinci mengenai pengalaman Nur Sajat. Di mana dia mendakwa sekurang-kurangnya tiga pegawai menendang, menjatuhkan dan menariknya semasa penangkapan.
- Foto: Instagram @nursajatkamaruzzaman
Kejadian Disaksikan Oleh Ibunya Sendiri
Nur Sajat berkata kejadian itu disaksikan oleh ibunya yang kemudian mencabar salah seorang pegawai mengenai perlakuan terkutuk sedemikian.
Kata Nur Sajat, pegawai itu menjawab bahawa mereka boleh meraba payudara dan alat sulitnya kerana Nur Sajat seorang lelaki.
“Mereka menganggap wajar menyentuh bahagian peribadi dan payudara saya kerana mereka menganggap saya sebagai lelaki.
“Mereka tidak memperlakukan saya dengan belas kasihan atau kemanusiaan,” kata Nur Sajat.
NYT melaporkan bahawa dakwaan serangan itu berlaku pada hari yang sama dia didakwa di mahkamah syariah dan dia ditempatkan semalaman di sebuah pusat tahanan lelaki.
Membuat Laporan Polis
- Foto: Instagram @nursajatkamaruzzaman
Pada 13 Januari, Jais mengatakan bahawa pihaknya telah memanggil penguatkuasa untuk menjelaskan kejadian tersebut setelah Nur Sajat membuat laporan polis yang mendakwa perlakuan ganas semasa penangkapan.
Pada waktu itu, Nur Sajat tidak dituduh secara terbuka bahawa dia diserang secara seksual dan perkara itu juga tidak disebut oleh Jais atau polis.
Nur Sajat juga memberitahu NYT bahawa tidak ada tindakan lebih lanjut mengenai pegawai Jais setelah kenyataan mereka diambil. Ia juga melaporkan bahawa Jais enggan memberi komen.