“Sayang… Jom?”
Berhubungan seks bukan sahaja merapatkan hubungan suami isteri, malah ada kebaikannya pada kesihatan badan.
Tapi sebelum itu kamu perlu tahu, nak berhubungan seks ini bukan boleh dilakukan bila-bila masa yang kamu mahu. Ini kerana ada beberapa situasi yang tidak sesuai dan berbahaya untuk kamu melakukannya.
#1 Seks Selepas Pembedahan
Baca sahaja pun dah rasa perit, betul tak? Kalau kamu nak tahu, berhubungan seks selepas pembedahan mendatang bahaya pada luka pembedahan dan juga mudah dijangkiti bakteria atau kuman.
Tambah-tambah lagi selepas kamu mengalami kesakitan, pendarahan, baru melahirkan atau menjalani pembedahan. Tangguhkan sebentar sehingga kamu sembuh sepenuhnya okay?
#2 Seks Sebelum Pap Smear
Info kamu, pap smear ini adalah ujian untuk mengesan kanser serviks. Untuk lakukannya, doktor akan memasukkan spekulum dalam faraj untuk melihat serviks dengan jelas.
Bagi mendapat keputusan yang jelas dan tepat, doktor akan melarang kamu untuk melakukan hubungan seks sekurang-kurangnya sehari sebelum ujian.
Ini kerana apabila sperma berada di dinding rahim, ia akan menjejaskan keputusan ujian pap smear dan doktor tidak dapat memberikan diagnosis dengan cepat.
#3 Seks Ketika Faraj Alami Jangkitan
Pernah tak vagina kamu keluarkan cecair berbau yang busuk, rasa gatal-gatal, rasa terbakar atau sakit di bahagian pelvis? Jika ada, kamu berkemungkinan alami jangkitan di faraj.
Sekiranya kamu lakukan hubungan seks ketika ini, ia bukan sahaja menyakitkan faraj malah boleh menyebabkan jangkitan merebak ke organ badan yang lain. Lebih teruk lagi, pasangan kamu mempunyai risiko untuk mendapat jangkitan tersebut.
#4 Seks Ketika Alami Komplikasi Kehamilan
Memang bagus dan disarankan oleh doktor untuk lakukan hubungan seks ketika hamil. Tetapi jika kamu alami komplikasi, kesakitan atau pendarahan, ia adalah tanda kamu perlu berhenti lakukannya.
Penting untuk kamu tahu, berhubungan seks ketika alami komplikasi boleh mengakibatkan plasenta previa dan kelahiran pra matang.
#5 Seks Ketika Ovulasi Atau Faraj Menjadi Sakit
Ada sesetengah wanita boleh mengalami pendarahan atau kesakitan ketika melakukan hubungan seks semasa ovulasi.
Jika kamu alami perkara seperti ini, hentikan dengan segera. Bukan apa situasi ini boleh menjadi gejala kepada penyakit berkaitan serviks.
Sekiranya keadaan kamu menjadi teruk, dapatkan rawatan daripada doktor.
Itulah antara situasi yang kamu perlu elakkan untuk berhubungan seks dengan pasangan. Ingat, mencegah lebih baik daripada merawat.