Trend mahu putihkan kulit masih menjadi kegilaan segelintir para wanita di Malaysia. Walaupun banyak perkongsian dibuat oleh KKM tentang risiko bahaya putihkan kulit, namun masih ramai wanita yang taksub. Golongan ini percaya memiliki kulit putih dilabel sebagai cantik.
Oleh disebabkan itu, ada sanggup mengambil risiko walaupun tahu akan ada kesan sampingan terhadap rawatan ataupun suplemen yang diambil. Lagi-lagi, di pasaran produk memutihkan kulit seperti ‘cendawan tumbuh selepas hujan’. Tak kisahlah di kedai-kedai atau pun atas talian.
Tapi, ada sesetengah produk yang dijual tidak mendapat kelulusan daripada pakar kesihatan dan mungkin boleh menjejaskan kesihatan diri.
Nak Putihkan Kulit Sampai Masuk Hospital
https://www.tiktok.com/@umiehafiezaa/video/7020652493474499866?referer_url=https%3A%2F%2Fwww.therakyatpost.com%2F&referer_video_id=7020652493474499866&refer=embed&is_copy_url=1&is_from_webapp=v1
Begitulah yang terjadi kepada seorang wanita melalui sebuah video yang tular TikTok dengan akaun bernama @umiehafiezaa. Dalam video, wanita itu menggunakan produk pemutihan kulit mendapat kesan sampingan terhadap kulitnya.
Mengalami Bengkak Hati
- Foto: Kompas
Akibatnya wanita itu disahkan mengalami bengkak hati dan dimasukkan ke hospital selama 4 hari 3 malam.
Wanita itu menerima rawatan di Hospital Besut, Terengganu akibat rawatan ‘whitening drip’ yang diambil serta pengambilan jamu dan diet yang tidak terurus.
Wanita ini turut berkongsi penderitaannya terpaksa dimasukkan 11 botol air dan perlu mengambil darah sebanyak tiga kali sepanjang berada di hospital.
Dalam video itu juga, wanita ini turut menasihati orang ramai supaya berwaspada dan tidak terpedaya dengan sebarang rawatan ataupun suplemen bagi memutihkan kulit.
“Sedikit pesanan daripada saya yang telah insaf terlalu taksub nak putih”- tulisnya diruangan kapsyen
Video yang mendapat lebih dari 10 ribu tanda suka ini telah dibanjir komen dari netizen. Rata-rata mereka merasa bimbang dengan segelintir pengguna yang mudah terpengaruh iklah memutihkan kulit.
- Foto: TikTok @umiehafiezaa
Nasihat kami, sebenarnya banyak lagi cara nak cantik, tapi kalau boleh pilihlah cara yang sihat bukannya sampai memudaratkan kesihatan.