OMG! Super excited dan memang tak sabar untuk kolaborasi ini!
Baru-baru ini, MAC Cosmetics telah mengejutkan orang ramai terutamanya peminat BLACKPINK. Ahli kumpulan BLACKPINK iaitu Lisa bakal melancarkan koleksi pertamanya dengan syarikat kosmetik itu.
MAC Cosmetics mendedahkan koleksi itu direka khas dan eksklusif oleh BLACKPINK Lisa. Malah dia akan mendedahkan koleksinya itu secara terperinci dalam siaran langsung eksklusif di YouTube.
Sudah Rancang Lebih Dari Setahun
Melihatkan berita gembira tersebut, pekerja MAC telah memuat naik posting di mana mereka berkongsi tentang pengalaman mereka dalam koleksi ini.
Salah seorang pekerja MAC telah mendedahkan mereka telah bekerja keras untuk menghasilkan koleksi ini selama lebih dari setahun.
“Bekerja keras lebih dari setahun. Sangat bangga dan teruja untuk koleksi pertama @lalalisa_m dan @maccosmetics. Semua warna, tekstur dan pembungkusan kegemarannya, semuanya direka oleh LISA.”
MAC Cosmetics Wujudkan Laman Web Khas
Bagi melancarkan koleksi pertama daripada BLACKPINK Lisa, MAC Cosmetics telah menyediakan laman web khas untuknya. Koleksi ini digelar sebagai pelancaran kecantikan terbesar Lisa iaitu #MACLovesLISA [TEKAN SINI].
Fakta untuk kamu, koleksi ini diilhamkan oleh apa yang disukai oleh Lisa sendiri selain daripada menampilkan produk kegemarannya.
Apa Yang Ada Dalam Koleksi BLACKPINK Lisa?
Walaupun MAC Cosmetics tidak mendedahkan secara terperinci tentang koleksi ini, tetapi beberapa gambar tentang produk koleksi #MACLovesLISA sudah pun viral.
Koleksi ini didakwa terdiri daripada beg sling glitter yang berwarna ungu seperti face kit. Selain itu, koleksi ini mungkin terdiri daripada lip pencil atau eyebrow pencil, face powder, powder blush dan matte lipsticks.
MAC Cosmetics belum mengeluarkan tarikh pelancaran koleksi #MACLovesLISA, jadi sama-sama kita tunggu ye!