Nak maintain flawless tanpa sebarang cela bukan mudah. Lagi pula bila datang bulan dengan hormonnya pula, mulalah jerawat nakal naik ke muka tanpa sebarang signal.
Di usia 31 tahun, pemenang Oscars Jennifer Lawrence sangat menitik berat soal penjagaan wajah, dia tidak ambil mudah dan hanya menggunakan produk yang betul-betul sesuai dengan kulit.
Bila dia tidak membuat sebarang penampilan di karpet merah, dia sukakan gaya ringkas.
“Sekiranya tidak mempunyai acara, saya biasanya tidak memakai mekap,” katanya kepada Harper’s Bazaar.
Nak tahu rahsia si cantik manis ini jaga kulit wajah supaya kekal flawless? Ini dia…
Guna retinol setiap malam
Padanya penting untuk menukar produk wajah dan tidak terikat pada sesuatu jenama saja. Tapi yang pasti dia menggunakan retinol setiap malam untuk anti penuaan.
- Foto – Getty
Retinol paling baik digunakan pada waktu malam, menjadikan kulit lebih peka untuk bekerja. Jika guna waktu siang akan meningkatkan risiko kerosakan akibat sinar matahari.
Dia dedikasi pada krim pelindung matahari setiap hari
Jennifer Lawrence tahu bahawa SPF adalah anti penuaan terbaik, jadi dia menggunakannya pada siang hari. Cari sama ada zink oksida atau titanium dioksida. Kedua-duanya berfungsi untuk melindungi kulit secara semulajadi daripada sinaran berbahaya.
Sesekali kena exfoliate
- Foto – Getty
Jangan sesekali skip exfoliate. Menurut Women’s Health, wanita yang sedang hamil anak pertama ini melakukannya pada waktu malam supaya kulit lembut. Exfoliate mendorong penggantian sel, membuka liang pori dan membantu kulit kelihatan lebih berseri.
Dia mendapatkan rawatan microdermabrasion
“Saya mendapatkan rawatan microdermabrasion sekali sebulan,” kata Lawrence.
Rawatan mikrodermabrasion memerlukan kristal atau pengelupasan fizikal lain untuk menanggalkan sel-sel kulit mati secara perlahan pada permukaan kulit, meninggalkan kulit yang lebih licin dan cerah. Ia juga boleh membantu mengurangkan kerosakan matahari, perubahan warna, dan juga parut ringan.
Tak rumit cara Jennifer Lawrence jaga muka, anda pun boleh. Yang penting kena rajin!