Tiada siapa yang mahukan majlis hari jadinya berakhir menjadi tragedi.
Seorang penjaga warga tua, Jessica Shannon mendedahkan majlis hari jadinya terganggu gara-gara alami alergik terhadap lash extension. Kesan alergik tersebut membuatkan matanya menjadi bengkak sehingga tidak boleh dibuka dan hampir buta.
Mata Melekat Dan Menyakitkan
Jessica yang melakukan lash extension pada September lepas mengatakan matanya berada dalam keadaan yang baik selepas itu. Tetapi semuanya berubah selepas dua hari kemudian matanya menjadi bengkak sepenuhnya.
Pada bahagian kelopak matanya menjadi melekat dan sakit. Pada masa yang sama, matanya juga mula menjadi gatal-gatal dan berair sehingga tidak boleh melihat.
“Semasa keluar untuk majlis hari jadi, mata kiri saya sudah merah tetapi tak sakit dan gatal. Sebaik sahaja bangun tidur keesokkan hari, mata saya sudah bengkak teruk.
Saya cuba buka mata dengan jari tetapi masih tak nampak apa-apa.”
Bimbang menjadi buta sepenuhnya, Jessica terus ke bahagian A&E (Jabatan Kemalangan & Kecemasan) untuk mendapatkan rawatan.
Rupanya Kornea Mata Sudah Melecet
Setelah mendapatkan rawatan, doktor mengatakan kornea sudah melecet disebabkan oleh gam bulu mata. Ketika itu juga doktor terpaksa mencabut bulu matanya.
“Kornea mata saya melecet disebabkan oleh gosokkan dan mungkin saya telah menggaru bola mata saya. Manakala gam bulu mata membuatkan mata tidak berhenti berair dan bulu mata menjadi bergumpal.”
Doktor mendedahkan lash extension yang dilakukannya itu tidak dipasang dengan betul kerana ia tersangkut separuh di bawah bulu mata sebenar.
Untuk mengembalikan penglihatannya, Jessica diberikan antibiotik dan ubat titis mata. Selain itu dia juga diminta untuk menggunakan kaca mata hitam serta penutup mata ketika keluar.