Tibanya musim perayaan mesti kita inginkan penampilan serba baru yang menarik, dan salah satu yang mesti ada pada setiap wanita adalah barangan kemas.
Trivia untuk anda, sejak ribuan tahun dahulu memakai barangan kemas emas menjadi salah satu tradisi yang penting terutamanya ketika Dhanteras iaitu hari bertuah yang jatuh sehari atau dua hari sebelum Deepavali.
- Foto – Habib
Nampaknya Deepavali kali ini, jenama terunggul, HABIB mengetengahkan warna-warna terang bersempena dengan kempen yang bertemakan Gaya Bollywood bermula 22 Oktober sehingga 7 November ini.
Tampil Dengan Konsep Berlapis Sesuai Dengan Gaya Bollywood
Selain daripada anting-anting emas chandelier, sambutan ini tidak akan lengkap tanpa rantai leher dan gelang tangan yang menjadi kebiasaan digayakan secara berlapis.
- Foto – Habib
Kelainan kali ini, HABIB memperagakan koleksi popular iaitu Oro Italia 916® untuk digayakan bersama sari dan lengha. Rekaan yang halus dan teliti dari koleksi ini terdiri daripada gelang tangan Stella dan Cavo, serta rantai leher Grande dan Ananas.
Neha Verma Jadi Duta Kempen Deepavali
Sempena dengan Deepavali, Neha Verma yang merupakan pemenang tempat ke-3 Miss Universe Malaysia 2020 telah dipilih menjadi duta kempen ini.
- Foto – Habib
“Deepavali sememangnya perayaan yang penuh dengan cahaya warna -warni dan kegembiraan. Tahun ini pastinya berbeza kerana dapat menyambut bersama seluruh keluarga dan bertukar-tukar hadiah.
Namun pastiya sambutan ini tidak lengkap tanpa barangan kemas kerana ianya adalah tradisi penting untuk kami sekeluarga.”
- Foto – Habib
Untuk info lanjut berkenaan kempen Gaya Bollywood, layari laman sesawang www.habibjewels.com.