Pernah tak kamu termenung lama di hadapan tembikai? Bukan apa nak beli pun tak tahu tembikai mana yang sedap, manis dan berair.
Wanista tahu ramai yang frust bila tak tahu cara pilih dan main ambil saja tembikai, balik rumah makan dan rasanya sangat mengecewakan. Kamu nak tahu tak bagaimana pilih tembikai yang manis dan sedap?
Jom baca perkongsian di bawah;
Tengok Tangkai & Lubang
Menerusi perkongsian Musyahadah Oo di Facebook, dia secara tidak sengaja mendapat tips untuk memilih tembikai daripada uncle Cina di pasaraya.
Ujarnya nak pilih tembikai kenalah tengok pada bahagian tangkai dan lubangnya.
“Amoi, mari saya ajar. Ini no.1 ‘belalai kerinting’ menandakan buah pertama. Manakala no.2 ini buah kedua. Dan yang lurus ini buah no.3.
Kalau you nak manis ambil buah no.1, merah cantik.”
Manakala bahagian lubangnya pula menunjukkan buah itu mempunyai kulit yang tebal atau nipis. Jika lubangnya besar itu bermakna kulit tebal, dan jika kecil pula bermaksud kulit nipis.
5 Cara Lain Untuk Pilih Tembikai Manis & Sedap
Bagaimana pula jika tembikai yang kamu lihat tiada tangkai atau belalai kerinting? Jangan risau okay, jom ikut cara di bawah;
- Pilih tembikai yang bertompok. Lebih banyak tompok kuning atau gelap, lebih manis.
- Tembikai bentuk bulat lebih manis berbanding bujur. Tetapi nak buat jus, pilih tembikai bujur kerana lebih juicy.
- Ambil tembikai yang bertangkai kering dan kecut. Kalau ada tangkai segar hijau, maknanya buah baru dipetik dan belum masak sepenuhnya.
- Pilih tembikai yang mempunyai permukaan kulit yang lebih licin. Kulit kasar bermaksud buah masih mentah.
- Tepuk atau jentik buah tembikai, jika bunyi kosong maksudnya buah dimasak dan elok isinya.
Jangan lupa untuk cuba tips di atas, memang confirm tembikai kamu pilih akan manis dan sedap!