Lainnya penampilan anak perempuan Angelina Jolie, Shiloh sekarang, makin cantik manis memakai dress.
Menghadiri tayangan perdana ‘The Eternals’, Angelina Jolie sekali lagi mengangkut kesemua anak-anaknya, Shiloh Jolie-Pitt, Zahara Jolie-Pitt, Vivienne Jolie-Pitt, Maddox Jolie-Pitt, dan Knox Jolie-Pitt.
Dah Meningkat Remaja, Mula Ubah Gaya Lebih Feminin
Antara semua, Shiloh mencuri tumpuan lensa kerana transformasi feminin, walhal sebelum ini remaja 15 tahun itu hanya memakai pakaian lelaki saja, malah Angelina dalam wawancara pada 2011 memberitahu Shiloh mahu menjadi lelaki.
- Foto – Getty
“Dia mahu menjadi lelaki. Jadi kami terpaksa memotong rambutnya. Dia suka memakai segala-galanya lelaki. Dia fikir dia salah seorang daripada saudara lelaki.”
- Foto – Getty
Tetapi Shiloh yang merupakan anak Angelina Jolie bersama Brad Pitt nampaknya telah melalui perubahan gaya sejak akhir-akhir ini kerana dia mula memakai dress ketika mengikuti tayangan perdana filem ‘The Eternals’.
Gaya #1 – Shiloh mengenakan little black dress sesuai dengan usia remajanya dan dipadankan sneakers cetakan yang fun.
- Foto – Getty
Gaya #2 – Shiloh menawan sekali menyarung dress rona nude yang lari daripada gaya ‘lelakinya’.
- Foto – Getty
Gaya #3 – Gaun Angelina Jolie yang dipotong lebih pendek atas lutut versi Shiloh nampak lebih fun dan girly.
- Foto – Getty
Shiloh copy-paste mak bapa dia, cantik betul!