Lelaki cemburu dalam hubungan adalah normal. Ada yang suka tunjukkan rasa cemburunya dan ada juga yang suka pendamkannya.
Kebanyakannya lebih memilih untuk pendam dan diamkan sahaja keran atak tahu cara betul untuk tunjukkan rasa cemburunya.
Jika kamu tak pernah nampak si dia tunjukkan rasa cemburu, mungkin dia seorang yang cemburu dalam diam. Semak tanda-tanda ini untuk ketahui si dia sebenarnya seorang yang cemburu dalam diam.
Mood tak menentu
Mood asyik berubah, kalah perempuan tengah datang haid!
Untuk pengetahuan kamu, lelaki yang cemburu dalam diam ini sebenarnya tidak pandai untuk luahkan perasaannya. Jadi melalui perubahan mood tersebut adalah cara si dia ‘meluahkan’ rasa cemburunya. Jangan pula kamu turut berubah mood ketika ini, tetapi cuba fahami dan tanya dengan baik-baik untuk selesaikan salah faham dan masalah ini.
Kerap berasa tak selesa
Bila lelaki cemburu, dia tidak akan berasa selesa melihat orang lain bercakap dengan kamu. Kalau kamu perasan si dia asyik nampak lain atau berubah perangai, itu adalah tandanya.
Jika ada tanda ini, kamu boleh elakkan si dia cemburu dalam diam dengan mengehadkan interaksi kamu. Antaranya adalah berkomunikasi untuk urusan penting tanpa bersembang kosong atau mesra.
Ada di mana-mana sahaja
Pergi ke mana-mana sahaja, kamu dapati si dia selalu berada di tempat yang kamu mahu tuju. Pelik kan?
Sebenarnya itu adalah tanda si dia berasa cemburu dengan kamu. Jangan terkejut ye jika tiba-tiba si dia mula check media sosial kamu, telefon dan sebagainya. Ini kerana mungkin si dia berfikir kamu menghubungi lelaki lain di belakangnya.
Tiba-tiba kuat mengongkong
Okay yang seterusnya ini memang ramai yang laluinya. Lelaki bila cemburu dia akan mula berubah menjadi lebih mengongkong. Jika dulu kamu boleh lakukan apa sahaja tanpa dikongkong, kini kamu perlu beritahunya terlebih dahulu.
Tak mustahil juga jika kamu dipaksa untuk memberikan telefon untuk diperiksa olehnya untuk kepuasan hatinya. Jaga-jaga, ini adalah tanda cemburu yang toksik.
Try hard ambil perhatian kamu
Hairan tiba-tiba si dia beria-ia ambil perhatian kamu daripada kebiasaannya. Bila dah cemburu, lelaki sanggup untuk lakukan apa sahaja asalkan dapat perhatian kamu seorang sahaja.
Malah dia juga akan pastikan kamu fokus padanya seorang seperti makan tengahari bersama-sama, pergi ke mana-mana sahaja bersama dan sebagainya.
Sikap acuh tak acuh ketika berkomunikasi
Ramai saja lelaki yang suka bersikap acuh tak acuh bila berkomunikasi, lagi-lagi bila tengah cemburu. Kalau kamu nak atasi keadaan ini senang sahaja, pujuk si dia untuk meluahkan perasaannya.
Jika si dia beritahu apakah puncanya, kamu cuba elakkan daripada melakukan perkara tersebut pada masa akan datang.
Mula tidak ambil peduli dan abaikan kamu
Pernah kena silent treatment? Kalau pernah maksudnya si dia cemburukan kamu dalam diam.
Lelaki yang sering berasa insecure dan cemburu akan sentiasa lakukan perkara tersebut dengan tidak ambil peduli dan abaikan kamu. Tujuannya adalah untuk menarik perhatian kamu dan memberi hint bahawa si dia cemburu.
Jika pernah berlaku salah satu tanda di atas, itu bermakna si dia cemburukan kamu dalam diam.