Boleh frust menonggeng kalau lipstick kegemaran patah dan rosak!
Lipstick boleh dikatakan sebagai top product yang setiap wanita perlu ada. Tapi part yang paling tak best sekali, lipstick mudah sangat rosak atau patah ketika digunakan.
Kalau kamu alami perkara ini, jangan pula kamu buang lipstick tersebut. Tetapi baikinya semula dengan beberapa trik ini supaya tak terbazir.
#1 Tukar bekas lipstick yang baru
Sama ada lipstick cair atau patah, cepat-cepat kamu pindahkannya ke bekas lipstick yang baru. Sebelum itu, pastikan bekas lipstick dalam keadaan yang bersih ye.
Cairkan lipstick tersebut dan dengan berhati-hati tuangkan acuan tersebut ke bekas baru. Kemudian simpan dalam peti sejuk untuk biarkannya beku sebelum digunakan.
#2 Cair? Bekukan lipstick di peti sejuk
Kadang kala bila cuaca menjadi terlampau panas, lipstick kamu boleh cair tanpa disedari. Pertama sekali jangan panik tetapi buat macam ini:
- Bagi lipstick yang meleleh di tepi bekas, lapkan sehingga bersih.
- Lebihan cecair dalam bekas lipstick dibiarkan dan beku dalam peti sejuk.
- Letak dalam posisi berdiri selama 30 minit atau sehingga betul beku.
#3 Lekatkan semula lipstick yang patah
Lihat lipstick yang patah umpama hati terbelah dua, memang perit! Baiki semula lipstick yang patah dengan panaskan baki lipstick dalam bekasnya gunakan pengering rambut atau pemetik api.
Biarkan cair sedikit sebelum lekatkan kedua-dua bahagian yang patah. Selepas itu masukkan dalam peti sejuk dan biarkan ia beku sebelum guna seperti biasa.
#4 Panaskan dan bekukan balik lipstick yang hancur
Bagi lipstick yang hancur pula, pindahkannya ke bekas yang bersih. Jika ada lebihan yang tersisa dalam bekas lipstick, panaskan dengan pengering rambut atau pemetik api untuk cairkannya.
Selepas itu, masukkan semula lipstick hancur ke dalam bekasnya dan tekan sehingga ianya menjadi padat. Biarkan lipstick tersebut di dalam peti sejuk untuk dibeku. Nak pakai lipstick, gunakan berus atau jari untuk menyapunya pada bibir.
Kalau ada lipstick patah atau cair, jangan pula kamu buang tapi buat macam di atas okay? Selamat beramal!