Tidak perlu diperkenalkan dua bintang bollywood ini kerana ternyata mereka popular di seluruh dunia. Shah Rukh Khan dan Kajol merupakan pasangan paling popular kerana yang sering dilihat bersama dalam beberapa filem. Keserasian mereka dalam filem boleh terbawa-bawa ke dunia nyata dan ramai fikir pasangan ini benar-benar bercinta.
Di sebalik kejayaan Shah Rukh Khan dan Kajol, ada juga khabar angin yang sering menimpa mereka. Kini, khabarnya bintang Bollywood Shah Rukh Khan telah meniduri Kajol.
- Foto: Bombay TImes
Berita buruk itu kemudian membuatkan Shah Rukh Khan berang. Beliau turut menafikan khabar angin tersebut dengan memberikan respon padu dalam temu bual kepada media.
“Saya bekerja dengan Juhi, Madhuri, Manisha, Shilpa, Sonali, Nagma, Suchitra Krishnamurthy, Urmila. Saya tidak tidur dengan mereka, apatah lagi tidur dengan Kajol,” kata Shah Rukh Khan.
Shah Rukh Khan mengaku dia sama seperti lelaki biasa yang sukakan wanita seksi. Bagaimanapun, begitu menghormati isterinya, Gauri Khan, dan tidak melakukan perkara di luar batasan.
“Saya menghormati pasangan lakonan saya. Entah bagaimana gadis-gadis tidak membangkitkan ghairah saya. Tapi, saya bukan gay. Saya tidak terlena oleh wajah cantik,” kata aktor kacak ini.
Pelakon berusia 55 tahun itu mengakui tenang dengan berita negatif yang menimpa dirinya. Namun, jika berita buruk tentang dirinya dan Kajol berterusan, dia tidak teragak-agak untuk berhenti bekerjasama dengan aktres itu lagi.
“Cukuplah dengan semua perkara karut ini. Saya rasa saya akan berhenti bekerja dengan Kajol jika semua isu ini berterusan. Memang memalukan kerana Kajol seorang pelakon yang hebat,” akhiri Shah Rukh Khan.
Jangan buat tuduhan tak berasas ye!