Unbelievable!
Siapa sangka kekasih Machine Gun Kelly (MGK), Megan Fox sebenarnya adalah penganut agama Kristian yang taat.
Megan suatu ketika dahulu pernah mengaku dirinya seorang yang kuat beragama sehingga dia mahir untuk berkomunikasi dalam bahasa roh. Kebolehannya itu, hanya dia saja faham dan alami.
Menarik bukan? Jom baca penjelasannya di bawah;
Tinggal dalam keluarga yang kuat beragama
Megan Denise Fox atau lebih dikenali sebagai Megan Fox dilahirkan di Amerika Syarikat dan kedua ibu bapanya telah bercerai ketika usianya 3 tahun.
Dedah Megan, dia telah dibesarkan dalam keluarga yang sangat taat pada agama Kristian. Disebabkan oleh itu, dia telah mengikuti pengajian di sekolah Katolik selama 12 tahun.
“Ibu saya sangat tegas. Sampaikan saya tak boleh berkawan dengan rakan perempuan saya. Malah nak bawa rakan ke rumah pun tak boleh.”
Ada kelebihan bercakap bahasa roh
Menerusi satu temu bual, Megan mengejutkan orang ramai apabila mengatakan dia mempunyai satu keajaiban yang unik daripada Tuhan.
“Banyak perkara ajaib dan ‘gila’ telah berlaku. Saya dapat melihat orang yang dirasuk telah sembuh. Malah semasa Pujian dan Penyembahan di gereja, saya tahu saya sudah bersiap sedia untuk bercakap dalam bahasa roh.”
Akuinya dia boleh bertutur dalam bahasa roh memandangkan dia seorang penganut agama Kristian yang sangat taat.
Luah perasaan dalam bahasa lidah
Selepas tahu dirinya boleh bertutur dalam bahasa roh, Megan merasakan dirinya mula bercakap dengan sendiri tanpa dia perlu dia fikir dan sedar. Dedahnya apa yang dia cakap, hanya Tuhan sahaja yang faham.
“Terlalu banyak tenaga di bahagian atas kepala, sehinggakan badan dipenuhi dengan arus elektrik. Bila saya mahu bercakap, saya tidak dapat fikir apa yang saya katakan kerana kata-kata yang keluar, saya tak boleh kawal. Hanya Tuhan sahaja yang tahu apa saya katakan.”
Akui ‘roh’ halangnya berjumpa dengan MGK
Megan dedah dia telah berjumpa dengan MGK di sebuah parti di Los Angeles beberapa tahun sebelum mula menjalinkan hubungan pada tahun 2020.
Ketika itu dia lihat MGK sebagai seorang lelaki tanpa wajah kerana roh telah membimbing mereka untuk tidak ‘berjumpa’ ketika itu.
“Saya rasa ketika itu memang kami dihalang untuk berjumpa pada malam itu. Jadi jiwa kami dan roh yang membimbing kami telah menarik kami dari satu sama lain. MGK memang tidak berwajah, macam makhluk dari ‘Sprited Away’.”
Agak-agaknya aktres ini sekarang masih boleh bertutur dalam bahasa roh lagi atau tidak?