“Takda cara lain ke nak buat kajian? Bab hukum hakam mesti dah maklum kot.”
Tular seorang pelajar jurusan syariah di universiti tempatan menjalankan satu kajian yang melibatkan suami orang.
Dedah pelajar ini, kajian tersebut bertujuan untuk mengetahui apakah sebab kecurangan suami dalam rumah tangga.
Pilih Suami Orang Sebagai Bahan Kajian
Di Facebook Viral Muafakat Johor, pelajar ini memilih beberapa lelaki yang berstatus suami untuk dijadikan sebagai responden dalam kajiannya. Tambahnya lagi, lelaki yang dipilih itu merupakan pekerja yang ‘makan gaji’ di sekitar Kuala Lumpur.
“Kebanyakan suami yang saya pilih adalah merupakan pekerja makan gaji di sekitar Kuala Lumpur etc. pegawai askar, bomba, penguatkuasa, akauntan dan lain-lain.”
‘Bercinta Selama Seminggu’ – Pelajar
Pelajar ini juga mengatakan dia menjalankan kajian ini menggunakan kaedah bercinta selama seminggu dan keluar bersama sebanyak dua kali.
Di akhir kajian, dia akui hampir kesemua lelaki tersebut mula menyatakan perasaan mereka dan mengajaknya untuk berkahwin.
“Ada yang sanggup beli telefon dan sim card baru semata-mata untuk menghubungi saya. Ramai yang mengadu ingin dibelai dan inginkan kasih sayang.”
Pelajar Dedah Punca Kecurangan Suami
Selepas menjalani kajian, pelajar ini mendedahkan respondennya memilih curang kerana kebanyakan isteri tidak menghiraukan keinginan suaminya.
Secara keseluruhannya, apa yang dapat saya simpulkan tentang punca kecurangan responden saya ini ialah…1. Isteri terlalu sibuk dengan media sosial sehingga lupakan suami.2. Isteri sudah tidak kelihatan cantik dan tidak terurus.3. Isteri tidak mahu melayan nafsu batin suami.4. Isteri sudah tidak hormat pada suami, bercakap dirumah pun “aku kau”.5. Perempuan di luar yang lebih menggoda.”
Netizen Bengang Pelajar Pilih Kajian Ini
Di media sosial, rata-rata netizen mula menyatakan perasaan marah mereka terhadap kajian pelajar ini. Sampai ada yang mengatakan kajian tersebut tidak wajar dibenarkan.
“Pelajar jurusan syariah. Takda cara lain ke nak buat kajian? Rasanya kalau cakap bab hukum hakam, mesti dah maklum kut… Belajar pun jurusan syariah, cabang agama”, komen netizen 1.
“Nak buat ujian macam mana kalau dah menganggu kebahagian rumah tangga orang. Cukuplah sekadar menemu ramah”, komen netizen 2.
“Assalamualaikum sis. Dah selesai dengan husbands orang, apa kata wives diorang pula kau jadikan responden? Raw data kau tak boleh pakai. Nampak sangat kau reka-reka cerita”, komen netizen 3.
Kamu pula bagaimana, patut ke tidak kajian ini dilakukan?