Tahniah buat Huynh Pham Thuy Tien yang berjaya memenangi mahkota Miss Vietnam 2021, seterusnya mewakili negara untuk ke Miss Universe 2021.
Orangnya cantik dengan fizikal tinggi lampai dan kurus, tapi ternyata sebelum ini dia pernah dibuli dek fizikal yang gempal. Huynh Pham mengaku pernah dibuli kerana beratnya 90kg. Berbadan gempal, menyebabkan dia mendapat banyak kritikan sehingga membuatkan dia berasa rendah diri.
Dibuli Kerana Fizikal Gemuk
- Foto – IG @kimduyen.nguyenhuynh
“Semasa sekolah, saya selalu menyorok dalam kelas walaupun waktu rehat. Saya tidak berani bermain kerana terlalu takut dan bimbang untuk keluar, selalu sangat mendengar kritikan kerana badan saya yang terlalu besar.
“Bagi pelajar sekolah, kesan psikologinya besar, buat saya rendah diri dan menyalahkan diri sendiri,” dipetik dari Wolipop.
- Foto – IG @kimduyen.nguyenhuynh
Kata Huynh Pham lagi, dia bermotivasi untuk menurunkan berat badan apabila dia memasuki universiti. Dia berusaha keras untuk berubah dan menjadi yakin.
Setiap hari, Huynh akan melakukan senaman selama dua jam, dan mengimbanginya dengan diet yang sihat. Bukan saja dari segi fizikal, dia juga menumpukan kecerdasan intelek.
- Foto – IG @kimduyen.nguyenhuynh
Kini wanita dengan ketinggian 172cm dalam persediaan untuk bertanding Miss Universe 2021 yang akan diadakan di Israel.