Seronok kan bila pasangan asyik mahu menggengam erat tangan kita?
Lebih-lebih lagi bila sudah lama berkahwin, memang romantik dan sweet kerana ia membuatkan hubungan menjadi lebih erat.
Setiap pasangan tak sama cara genggamannya. Ada yang penuh erat dan ada juga genggam jari kelingking sahaja. Tapi setiap satu genggaman ini ada maksudnya tersendiri.
Semak di bawah untuk tahu apa maksud di sebalik genggaman tangan dengan pasangan.
#1 Merangkul Bahu
Kamu duduk di sebelahnya dan si dia mula merangkul bahu kamu? Ini bermaksud si dia sangat menyukai kamu dan mahu sentiasa berada dekat dengan kamu.
#2 Merangkul Lengan
Genggaman ini jarang dilakukan oleh kebanyakan pasanga. Jika pasangan mula lakukan begini, ia bererti si dia mahukan perlindungan atau berasa tidak selesa dengan keadaan sekeliling.
#3 Genggam Jari Kelingking
Nampak simple tetapi genggam jari kelingking ini membawa maksud kamu dan si dia menghormati kebebasan masing-masing. Pada masa yang sama, genggaman ini boleh menunjukkan hubungan kamu tidak sekuat seperti dulu.
#4 Semua Jari Bertaut Rapat
Paling best kalau pegang tangan dan semua jari bertaut rapat! Untuk pengetahuan kamu, pegang tangan begini bermaksud kamu dan si dia mahukan hubungan yang lebih mendalam dan serius.
Malah jari yang saling bertaut rapat pula melambangkan semangat dan hubungan yang kuat di antara kamu dan si dia.
#5 Genggam & Tarik Tangan
Cara genggaman ini menunjukkan bahawa si dia tidak mempunyai perasaan yang sama seperti kamu. Ataupun si dia mahu kamu buat keputusan dengan cepat.
Tetapi cara ini juga boleh jadi petanda bahawa si dia sudah mula bosan dengan perhubungan kamu.
#6 Genggam & Pegang Tangan
Jika kamu pegang seperti ini, ia bererti hubungan kamu dan si dia sangat serius. Tetapi cara begini juga boleh membawa maksud pasangan kamu adalah posesif dan mahu orang tahu bahawa kamu adalah miliknya.
#7 Pegang Tangan Atas & Bawah
Jika si dia memgang sebelah tangan di atas dan satu lagi di bawah, ini bermakna si dia memberi perhatian pada apa yang kamu ingin katakan atau lakukan.
Kalau Tak Pegang Tangan Macam Mana Pula?
Jangan sedih pula kalau pasangan tak memegang tangan kamu. Tak pegang tangan pun tak bermakna si dia tidak mahukan atau sayang akan kamu.
Tetapi situasi ini boleh membawa maksud si dia seorang pemalu atau mahu menjaga privasi hubungan kamu. Kalau kamu mahu berpegang tangan macam pasangan lain, cepat-cepat beritahu si dia okay!