Cuti-Cuti Malaysia ke mana kita kali ini?
Sejak dah boleh rentas negeri, semua orang sakan bercuti sana sini. Cuti-cuti juga, SOP kena jaga ye. Pada yang tengah plan, ini lokasi baru penulis nak kongsi pada anda semua, memang berbaloi sangat.
Terletak di Cameron Highlands, istimewa buat pencinta buah strawberi. Diambil dari KL Foodie, Big Red Strawberry Farm terletak di atas bukit curam menghadap ke Brinchang dengan pintu masuknya betul-betul di sebelah Cactus Valley. Di sini, ada kolam koi, zoo haiwan peliharaan, ladang strawberi dan kafe.
‘Syurga’ Buat Pencinta Strawberi
Di kafe inilah anda boleh menemui pelbagai jenis pencuci mulut strawberi, contohnya secawan strawberi dengan krim putar pada harga RM8.90 sahaja. Wafel strawberi dengan satu sudu aiskrim dan strawberi berharga RM8.90.
Anda juga boleh cuba strawberi manis celup dalam coklat cair dengan harga RM19.90. Bahkan juga pelbagai manisan lain seperti churros, pies, croissant, creme brulee, scones dan banyak lagi.
- Foto – IG @kawakami1112
- Foto – IG @aziziupwork
- Foto – IG @athenalynn_14
- Foto – IG @arnie.jamili
- Foto – IG @aziziupwork
Kiranya semua manisan di sini memang kena anda cuba kerana buah strawberinya segar dari ladang, dan manis sekali.
Tak sabar nak ke sana? Nanti boleh Waze, Big Red Strawberry Farm, Brinchang, 39000 Brinchang, Pahang. Kedai dibuka setiap hari dari jam 8.30 pagi hinggalah 6 petang.
Boleh rujuk Instagram untuk info lanjut.