Percayalah, tak ada seorang pun yang tak mahu badannya kurus dan sentiasa langsing.
Kebanyakan orang zaman sekarang lebih gemar menguruskan badan mereka dengan menggunakan ubat pelansing. Katanya cara ini paling cepat dan mudah.
Tapi adakah kamu tahu ubat pelangsing sebenarnya berbahaya untuk dimakan? Malah bahan-bahannya juga boleh menjejaskan kesihatan kamu.
Ciri-Ciri Ubat Pelansing Yang Berbahaya
“Institut Diabetes, Pencernaan dan Masalah Ginjal Kebangsaan (2010), Amerika Syarikat telah menggariskan beberapa bahan kandungan dalam pil pelangsing atau ubat kurus yang boleh beri kesan negatif pada badan manusia”, dipetik daripada NONA.
Walaupun ubat pelansing mempunyai keberkesanan terhadap penurunan berat badan, tetapi ubat ini juga mempunyai kesan sampingan pada badan. Antara 5 ciri-ciri ubat pelansing yang berbahaya dan kesan sampingannya adalah;
#1 Orlistat
Tergolong dalam kumpulan perencat enzim lipase, orlistat berfungsi dalam mengurangkan penyerapan lemak ke dalam badan. Ubat yang mengandungi orlistat hanya boleh diperolehi melalui preskripsi doktor sahaja.
Info untuk kamu, orlistat digunakan dalam rawatan jangka masa panjang (maksimum 2 tahun) pada pesakit obesiti yang gagal menurunkan berat badan selepas 6 bulan melakukan diet sihat dan senaman.
Manakala kesan sampingan pengambilan orlistat adalah najis berminyak, tak mampu menahan pembuangan air besar, cirit-birit, kembung dan sakit perut, pening, penat serta resah.
#2 Qsymia
Qsymia merupakan gabungan di antara bahan phentermine dan topiramate. Tujuan bahan ini dalam ubat pelansing adalah untuk mengurangkan selera makan.
Selain itu kesan sampingan qysmia pula adalah;
- Kesemutan di tangan atau kaki
- Pening dan sakit kepala
- Insomnia
- Sembelit dan mulut kering
- Kecacatan kandungan
- Degupan jantung yang laju
#3 Phentermine
Sama seperti amphetaine, phentermine merupakan ubat perangsang dan ubat penahan selera makan. Kebiasaannya ia diambil ketika pesakit diabetes yang sedang diet dan bersenam.
Antara kesan sampingan yang berbahaya adalah phentermine boleh jejaskan pemikiran dan tindakan kamu. Malah pengambilan yang banyak boleh menyebabkan ketagihan yang melampau seperti pil ecstasy dan pil perangsang lain.
#4 Sibutramine
Hanya digunakan pada pesakit obesiti, sibutramine berfungsi dalam mengekalkan penurunan berat badan berlebihan. Dikawal di bawah Akta Racun 1952, bahan ini juga disebut sebagai perencat nafsu makan.
Bagi kesan sampingan bahan ini pula adalah;
- Pening kepala
- Perubahan selera makan
- Sembelit dan pedih ulu hati
- Jantung menjadi laju dan sesak nafas
- Extreme excitement
- Resah, gelisah dan murung
- Pergerakan di luar kawalan
#5 Diethylpropion
Jika kamu makan ubat pelansing dan berjaya menahan nafsu serta selera makan ia bermakna ubat tersebut mengandungi bahan diethylpropion.
Kesan buruk pengambil diethylpropion pada badan adalah tekanan jantung meningkat dan degupan nadi menjadi laju. Bagi kes-kes yang jarang berlaku, kematian boleh berlaku jika tiada pengawasan oleh pihak profesional.
Penting untuk kamu tahu, kebanyakan ubat pelansing sangat berbahaya dan tidak didaftar di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Kalau nak kurus, cuba amalkan gaya hidup yang sihat atau cuba ‘ubat pelangsing’ semula jadi seperti teh hijau, kopi atau acai berry.
Selamat beramal!