Bahana filler bukan membuatkan hidung model cantik ini makin kecil dan mancung tapi dia hampir kehilangan hidung.
Dipetik dari The Sun, model yang dikenali Aneesa Sharif Saddique bertukar hitam dan mengeluarkan nanah hanya beberapa jam selepas suntikan filler.
Filler Menyebabkan Kekurangan Oksigen
Puncanya adalah kekurangan oksigen kerana filler telah menyekat bekalan darah. Model British-Pakistan ini terpaksa melakukan rawatan kecewasan kerana keadaan hidung yang mudarat dan perlu dipotong.
- Foto -ANEESA SHARIF/@thelamourclinic
“Dalam beberapa jam lagi hidung saya akan dibuang melalui pembedahan. Saya tidak sangka ia menjadi mimpi ngeri dalam hidup saya.
Suntikan sepatutnya untuk membentuk semula hidung dan mencantikkannya. Tetapi kakak Aneesa perasan nanah keluar semasa mereka makan malam.
- Foto -ANEESA SHARIF/@thelamourclinic
Tidak jelas keadaan semasa model 30-an ini, adakah seluruh hidung akan hilang atau kembali semula dengan bantuan pembedahan plastik.