Bila tengok balik badan dalam cermin serta fikir semula peritnya nak bersenam dan diet, lebih baik makan ubat kurus betul tak?
Tapi ramai yang tak hiraukan sama ada ubat kurus di pasaran itu selamat dimakan atau tidak serta kesannya selepas itu. Yang penting mereka kurus dalam sekelip mata.
Sama seperti pengguna TikTok @MasturinaDania mendedahkan organ dalamannya hampir rosak selepas taksub makan ubat kurus.
Taksub Dengan Ubat Kurus, Terpaksa Tanggung Kesan
Mesra dipanggil Iena, wanita ini akui kesan ubat kurus yang dimakannya telah membuatkan hampir seluruh organ dalaman rosak. Pada masa yang sama tangan dan kakinya mula menggeletar serta kebas sehinggakan tidak boleh berdiri.
@einaaaa99 Effect ubat kurus merosak kan organ dalaman☹️ #fyp #fypシ #tiktokmalaysia
“Hampir rosak organ Iena, masa ni dah menangis dalam hati takut lumpuh. Mulut memang dah tak boleh bercakap.”
Ujar Iena kesan ubat kurus ini sangat menakutkan sehingga dia terpaksa dimasukkan ke dalam wad untuk rawatan selanjutnya.
“Stop Lah Sayang La Organ Korang” – Pengguna TikTok
Walaupun sudah berlalu lamanya, Iena mendedahkan kesan ubat tersebut masih lagi ada. Pada masa yang sama, dia meminta orang ramai untuk berhenti dan elak daripada makan ubat kurus.
“Iena minta nak balik berubat kampung. Alhamdulillah sembuh dalam masa seminggu. Yang nak makan ubat kurus tu stop lah, sayang la organ korang.”
Bagi pembaca Wanista, nak kurus pun ada caranya. Jangan pertaruhkan kesihatan semata-mata mahu kurus dengan cepat ye.