Memang luaran badan nampak sihat dan sempurna, tapi tahukah anda terdapat kesan sampingan tersembunyi jika terusan mengamalkan serbuk protein.
Paling utama adalah kandungan bahan pada serbuk protein, ia mungkin mengandungi gula tambahan, kalori atau bahan kimia toksik. Menambah serbuk protein pada segelas susu atau smoothie cara paling mudah untuk meningkatkan kesihatan. Lagipun, protein adalah penting untuk membina dan mengekalkan otot, kekuatan tulang, dan pelbagai fungsi badan.
Sebelum kita kongsikan kesan sampingan serbuk protein, kita kenali dulu apa itu serbuk protein untuk kurus.
- Foto – Better Home & Garden
Dipetik dari Harvard Medical School, serbuk protein adalah sebatian komponen protein berbentuk serbuk yang berasa daripada tumbukan (kacang soya, kacang, beras, kentang dan lain-lain), telur atau susu.
Serbuk ini juga mengandungi bahan lain seperti gula tambahan, bahan perasa, bahan pelikat, vitamin dan mineral. Jumlah protein setiap sudu boleh berbeza dari 10 hingga 30 gram.
Suplemen yang digunakan untuk membina otot mengandungi lebih banyak protein, dan suplemen yang digunakan untuk menurunkan berat badan mengandungi lebih sedikit.
Mungkin mengandungi gula tambahan dan kalori yang tinggi
Sesetengah serbuk protein mempunyai sedikit gula tambahan dan ada juga yang banyak, contohnya sebanyak 23 gram setiap sudu. Ada serbuk protein juga menukar segelas susu menjadi minuman dengan lebih 1,200 kalori.
- Foto – Medical News Today
Ini boleh mendatangkan risiko seperti berlakunya penambahan berat badan dan lonjakan gula darah yang tidak sihat.
Boleh menyebabkan gangguan pencernaan
Contoh orang yang mengalami alahan tenusu atau masalah mencerna laktosa (gula susu) boleh mengalami ketidakselesaan gastrousus jika mereka menggunaka serbuk protein berasaskan susu.
Mungkin mengandungi bahan tersembunyi
Meskipun semua produk perlu menyenaraikan kandungan bahan yang digunakan, namun ada risiko wujud bahan yang tersembunyi yang sebenarnya adalah berbahaya.
Mengandungi toksin pembawa penyakit
Jangan terkejut kerana kebanyakan serbuk protein mengandungi toksin yang berbahaya.
- Foto – Popsugar
Hal ini merujuk pada kajian Clean Label Project, 134 jenis produk bagi 130 jenis toksin, didapati banyak serbuk protein yang mengandungi logam berat (plumbum, arsenik, kadmium, dan merkuri), bisphenol-A (BPA, yang digunakan untuk membuat plastik), racun perosak atau bahan cemar lain yang mempunyai kaitan dengan kanser dan keadaan kesihatan lain.
“Tidak disarankan penggunaan serbuk protein melainkan dengan arahan dan seliaan daripada doktor atau pakar,” jelas Kathy McManus, Pakar Diet dan Pengarah Jabatan Nutrisi dari Harvard-affiliated Brigham and Women’s Hospital.