Pelakon veteran terkenal di Indonesia, Lydia Kandou menjadi tumpuan apabila didakwa telah memeluk agama Islam dikala usianya sudah mencecah 58 tahun. Ini kerana terdapat foto yang tersebar dari akaun @sasha0512 yang menarik perhatian peminatnya.
- Foto: Instagram @lydiakandou_
Dalam muat naik itu, Lydia Kandou memakai tudung hitam lengkap dengan berniqab yang menutup sebahagian mukanya dan hanya menampakkan mata dan sebahagian dahinya.
Posting itu membuat orang ramai membuat spekulasi bahawa Lydia Kandou telah memeluk Islam. Dakwaan ini ini semakin kuat selepas Naysilla Mirdad, anak perempuannya hasil perkahwinan dengan Jamal Mirdad, dikhabarkan bakal mualaf untuk berkahwin dengan kekasihnya.
- Keluarga besar Lydia Kandou dan Jamal Mirdad – Foto: Instagram Naysila Mirdad
- Naysila Mirdad dan bapanya Jamal Mirdad, Foto: REPUBLIKA
Bagaimanapun, fakta mendedahkan Lydia bertudung hanya untuk menutup diri agar tidak menjadi tumpuan ketika ke pusat beli-belah dan dikenali orang ramai.
Sementara itu, isu pertukaran agama Naysila Mirdad masih belum dapat dipastikan.
Bagaimanapun, berita Naysila bertukar agama telah dijawab oleh Jamal Mirdad pada 2020. Jamal menyebut kemungkinan anak perempuannya itu akan mengikut kepercayaan kekasihnya yang beragama Islam.
“Insya-Allah (mereka seakidah), itu yang paling penting. Insya-Allah (Naysilla akan menyusul),” kata Jamal Mirdad ketika itu.