Penangan orang cantik memang luar biasa. Macam terjadi pada model Slovakia ini, katanya Instagram telah memadam akaunnya kerana ‘terlalu cantik’.
Seorang model dari Slovakia mendakwa Instagram terusan memadam akaunnya @veronikarajek kerana dia ‘terlalu cantik’ dan orang ramai tidak percaya dia seorang manusia yang sebenar.?
Veronika Rajek, 25, turut mendedahkan akaunnya kerap dilaporkan sebagai palsu. Model itu percaya bahawa ‘hidup lebih sukar untuk orang yang cantik’ dan kerana dia terlalu ‘hot’ ramai menganggapnya palsu.
- Foto – IG @veronikarajek
Ada juga yang membuli bekas finalis Miss Slovakia 2016 kerana telah menjalani pembedahan plastik, dan dia menegaskan adalah tidak benar.
Orang kata dirinya adalah makhluk asing atau robot
“Orang ramai tidak percaya saya wujud. Ia agak diskriminasi kerana wanita lain boleh melakukan perkara yang sama seperti saya dan saya tidak boleh, dan saya dipadamkan hanya kerana penampilan saya.
“Saya menggelar diri saya sebagai makhluk asing kerana orang ramai tidak percaya saya sebenar. Mereka fikir saya robot AI. Orang kata orang cantik mudah tetapi saya lebih teruk kerana orang menyusahkan saya kerana saya cantik.
https://www.instagram.com/p/CHk4rCrnS6H/
Dipetik dari The Mirror, model itu menjelajah dunia membuat content untuk Instagramnya, dan mendakwa orang ramai ‘sentiasa terkejut’ apabila mereka bertemu dengannya buat kali pertama.
Veronika mendakwa dia menerima beratus-ratus mesej daripada wanita yang body shaming dirinya dan ramai yang mendakwa dia menggunakan penapis untuk penampilan.
Sebelum ini, model itu membayar £75 untuk pemeriksaan payudara semasa berada di Dubai pada bulan Oktober, termasuk scan.
Dia berkata: “Saya terpaksa melakukan pemeriksaan ini untuk membuat orang ramai mempercayai saya.
“Orang ramai mempersoalkan keaslian payudara saya jadi saya pergi ke doktor untuk mendapatkan pemeriksaan payudara dan bukti bahawa ia adalah asli, tanpa penambahan, objek atau parut.
“Doktor saya benar-benar terkejut kerana dia fikir saya akan menjalani pembedahan juga dan berkata saya mempunyai payudara semula jadi yang sangat cantik.
Veronica menjaga tubuhnya dengan baik, tidak minum atau berpesta, sebaliknya bersenam lima kali seminggu.