Akhirnya pelakon kesayangan ramai Paul Rudd mengambil takhta ‘Lelaki Paling Seksi’ menurut Majalah People.
Siapa yang tidak kenal dengan Paul Rudd, antara pelakon yang paling disayangi di dunia. Dari mula-mula dia berlakon dalam filem Clueless, menjadi pasangan Pheobe dalam sitkom Friends, hingga peranannya sebagai Ant-Man dalam Marvel Cinematic Universe, bintang berusia 52 tahun itu langsung tidak menua, maintain awet muda hingga kini.
- Foto – People
“Saya mempunyai kesedaran, cukup untuk mengetahui bahawa apabila orang mendengar bahawa saya dipilih untuk ini, mereka akan berkata, ‘Apa?’
“Terdapat begitu ramai orang yang sepatutnya mendapat title ini sebelum saya.”
Sebelum ini, Dwayne Johnson, Blake Shelton, Idris Elba, John Legend dan Michael B. Jordan dianugerahkan lelaki paling seksi. Tahun ini, ia milik Paul Ruddu pula!
“Adalah satu penghormatan untuk saya dipilih oleh orang baik di PEOPLE untuk Lelaki Paling Seksi tahun ini, dan ia bukan satu tanggungjawab yang saya ambil mudah.
- Foto – People
Walaupun menjadi salah seorang bintang terseksi, dia masih sangat merendah diri, menegaskan dia paling gembira di rumah bersama isterinya Julie, 53, dan anak-anak mereka Jack, 17, dan Darby, 12.
“Apabila saya memikirkan tentang diri saya, saya anggap diri saya sebagai suami dan ayah. Saya hanya bergaul dengan keluarga saya apabila saya tidak bekerja. Itulah yang paling saya suka.” akhiri kata-katanya.