Kebiasaannya bagi pasangan pengantin baru, pasti mereka merancang perkahwinan dan resepsi dengan memperutukkan belanja yang besar.
Tapi lain pula jadinya kepada pasangan pengantin ini. Pengantin perempuan ini mengambil kesempatan dengan mengenakan bayaran $99 (RM413) kepada tetamunya untuk makan makanan di majlis perkahwinannya.
Seperti yang dilaporkan oleh India Times, salah seorang tetamu telah mengadu kepada Reddit mengecam majlis perkahwinan itu dan menjelaskan kekecewaannya apabila menerima jemputan.
- Foto: India Times
Rakan pengantin perempuan mendakwa bahawa dia telah menerima jemputan dengan meninggakan nota yang luar biasa menyatakan,
“Kami tidak mampu untuk membeli makanan, jadi kami mengenakan $99 setiap seorang di jamuan.”
Wanita itu menambah, dia dinyatakan atas jemputan bahawa tidak akan ada ‘open bar’ , tetapi ia akan mempunyai ‘the wishing well’ di mana tetamu boleh meletakkan wang yang akan dijadikan perbelanjaan pasangan bulan madu atau membeli rumah baru.
Dia menambah,
“Mereka sudah mempunyai 3 anak dan sebuah rumah, dan tidak merancang untuk berbulan madu.”
Wanita itu juga berkata bahawa dia memutuskan untuk tidak menghadiri majlis perkahwinan itu dan terus bercakap dengan rakannya, memberitahunya bahawa dia merasakan “agak tertipu” jika tetamu dikenakan bayaran untuk makanan disediakan.
- Foto: India Times
Siaran Reddit itu menerima banyak komen daripada netizen yang menyatakan kemarahan mereka terhadap jemputan yang tidak masuk akal itu. Ramai yang mendakwa pasangan itu bersikap tidak adil untuk tetamu membayar makanan mereka sendiri.