Glitter dalam kosmetik bukanlah satu trend yang baru dalam dunia kecantikan.
Kamu boleh dapatkan pelbagai produk kosmetik yang mempunyai glitter seperti eyeshadow, lipstick, highlighter dan banyak lagi.
Tetapi pernahkan kamu terfikir glitter dalam kosmetik ini boleh digunakan atau tidak? Berbahaya atau tidak?
Nak tahu lebih lanjut, baca perkongsian di bawah okay.
Eh, Glitter Dalam Kosmetik?
Fakta untuk kamu glitter dalam kosmetik diperbuat daripada plastik aluminium, polyethylene terephthalate (PET), polyethylene (PE) dan polypropylene (PP).
Glitter dalam kosmetik dipotong menjadi kecil sehinggakan ia tidak bergesel atau melukakan kulit. Erti kata lain, selamat untuk digunakan pada permukaan wajah.
Pada masa yang sama bila gunakan di kawasan mata, kamu berisiko untuk mengalami iritasi yang teruk. Dan paling bahaya sekali, glitter boleh memasuki dan tersumbat dalam mata.
Kenapa Glitter Berbahaya?
Tahukah kamu selepas kita menggunakan produk glitter, ia akan dibuang secara langsung ke dalam lautan dan dimakan oleh haiwan? Ini kerana glitter berkilau seperti plankton dan kebanyakan ikan akan tertarik dan makan glitter tersebut.
Walaupun saiz glitter ini kecil, tetapi ia sangat berbahaya pada kamu. Glitter berpotensi untuk memasuki ke dalam badan kamu melalui mata, hidung, mulut atau luka-luka di badan.
Selain itu glitter dalam beberapa produk seperti masker boleh menyebabkan iritasi yang teruk terutamanya bagi mereka yang mempunyai kulit sensitif.
Cara Pakai Glitter Yang Betul
Nak pakai glitter ini sebenarnya boleh. Tapi pastikan kamu memakainya dengan cara yang betul seperti:
- Hanya gunakan kosmetik glitter yang dihasilkan khas untuk penggunaan di mata.
- Elak daripada menggunakan produk yang tidak dikaji atau mengandungi bahan kimia yang berbahaya.
- Jangan berkongsi alat kosmetik glitter dengan orang lain.
- Pastikan kosmetik glitter kamu mendapat kelulusan.
- Bersihkan glitter di wajah menggunakan pembersih wajah berasaskan minyak.
Walaupun nampak cantik dan lebih menonjol dengan glitter di wajah, tetapi pilih kosmetik yang selamat untuk digunakan pada kamu dan alam sekitar.