Tahniah buat Paris Hilton yang baru saja mendirikan rumah tangga dengan pilihan hati Carter Reum di Los Angeles, Amerika Syarikat. Pewaris Hilton itu kelihatan cantik menawan mengenakan gaun ballgown serba putih suci.
Mahu Gaun Tema Kisah Dongeng
Gaun kembang rekaan Oscar de la Renta bertemakan kisah dongeng. Gaun dengan train panjang meleret dihiasi dengan sulaman berbentuk bunga di sepanjang lengan, badan hingga ke bawah. Memang cantik tak terkata!
Skirt pula diperbuat daripada 20 lapis fabrik tulle yang dibuat menggunakan teknik draping iaitu kaedah pembuatan pakaian yang dibuat terus pada model. Turut dilengkapi vale yang dihiasi dengan sulaman bunga.
Inspirasi Gaun Pengantin Grace Kelly
Kata Paris, dia mendapat inspirasi daripada gaun pengantin Grace Kelly ketika berkahwin dengan Putera Monaco Rainier 111.
“Sejak kecil saya mengimpikan perkahwinan seperti kisah dongeng. Dengan pakaian yang cantik, abadi dan bergaya.
“Saya suka Puteri Grace Kelly dan sentiasa membayangkan betapa elegan dan ikoniknya dia, dan saya tahu saya mahu kelihatan elegan seperti dia berjalan di alter.
Overall, Paris Hilton kelihatan sopan sangat dalam gaun pengantinnya!