Skrub penting untuk menghilangkan sel kulit mati dan kekotoran, ia menjadikan kulit lebih lembut dan bersih. Salah satu jenama skrub wajah yang popular adalah St. Ives.
Anda boleh perolehinya di Watson, Guardian, Caring malah farmasi terpilih dengan harga murah. Di sebalik harga murah, terdengar banyak cerita buruk tentang skrub ini, penggunaan jangka panjang boleh menyebabkan iritasi sehingga merosakkan kulit.
Skrub St. Ives mungkin terlalu keras dan tajam untuk kulit
Ramai pakar dermatologi dan aesthetic bukan peminat skrub St. Ives kerana ia terlalu keras untuk kulit.
Menurut Glamour, tahun 2016, tuntutan mahkamah telah difailkan terhadap St. Ives yang mendakwa bahawa kulit walnut yang digunakan dalam skrub boleh menyebabkan kerosakan pada kulit pengguna – yang meningkatkan risiko kerengsaan, jangkitan dan kerosakan kulit jangka panjang.
- Foto – Shopee
Walaupun tuntutan mahkamah ditolak pada 2018, ia menarik perhatian kepada potensi bahaya yang disebabkan oleh skrub pengelupasan jenama itu.
Dipetik dari The List, kulit walnut mempunyai bahagian tepi yang tajam dan bergerigi yang boleh menyebabkan kulit terhakis apabila anda menggunakannya unuk menyental wajah.
Walaupun kulit anda mungkin berasa licin seperti bayi apabila anda mengeringkannya, microtears boleh menyebabkan kulit anda menjadi lebih sensitif dan makin lama makin kering, menggelupas dan merah.
Tetapi, St. Ives mendakwa pengguna berpuas hati dengan produk pengelupasan mereka selama lebih daripada 30 tahun, dan produk ini diuji dan diluluskan oleh pakar dermatologi.
- Foto – The Atlantic
Walau bagaimanapun sesetengah pengguna mengatakan St. Ives terlalu keras untuk kulit mereka dan menyebabkan kerengsaan untuk digunakan setiap hari.
Sama ada anda memilih St. Ives atau tidak, secara amnya produk pengelupasan bukan untuk semua orang. Pengelupasan membantu membuangkan sel kulit mati, meningkatkan kolagen dan mencerahkan kulit, tetapi ia juga boleh memburukkan keadaan kulit seperti jerawat dan rosacea, dan menyebabkan hiperpigmentasi pada sesetengah orang.
Jadi, sebelum guna St. Ives, rujuk pakar dermatologi terlebih dahulu takut anda menyesal kemudian hari.