Facial treatment boleh dikatakan ‘wajib’ jugalah untuk seseorang wanita merawat dan menjaga wajahnya.
Mengikut keperluan masing-masing. Ada yang lakukan facial treatment sebulan sekali, tiga bulan sekali atau setahun sekali.
Tapi lain pula jadinya bila wanita ini pergi lakukan facial treatment. Daripada wajah cantik dan bersih, terus berubah sekelip mata menjadi teruk.
“Sebelum Dan Selepas Rawatan” – Pengguna TikTok
Dikenali sebagai Intan, wanita ini mendedahkan keadaan wajahnya sebelum dan selepas melakukan facial treatment.
Sebelum melakukan facial treatment, wajah Intan boleh dikatakan bersih, sihat dan cantik seperti kulit wajah idaman kebanyakan wanita.
Gara-gara ‘gatal tangan’ melakukan rawatan, wajahnya yang cantik itu terus berubah menjadi melecet dan seperti terbakar sehingga meninggalkan parut.
Dikejarkan Ke Hospital
Selepas mendapati wajahnya berubah menjadi lebih sakit dan pedih, Intan mendedahkan dia terpaksa ke hospital untuk mendapatkan rawatan selanjutnya.
https://www.tiktok.com/@kikoenaktau20637283/video/7006299681282100506?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id6893908700412200449
Info untuk kamu, facial treatment dilakukan untuk membersihkan wajah, liang pori dan mengelakkan jerawat daripada tumbuh.
Kalau ada simpan niat nak buat facial treatment, pastikan kamu selidik terlebih dulu sama ada ia berdaftar, selamat dan sebagainya.
Jangan sampai menyesal kemudian hari ye!