Siapa kata bila usia muda remaja tak perlu jaga muka. Eh, salah tu! Penjagaan muka sepatutnya sudah dititik berat sejak muda lagi, bukan bila dah mencecah usia 20-an atau 30-an baru nak mulakan rutin.
Pernah dengar tentang produk seberang Emina Cosmetics? Emina, jenama penjagaan kulit dan kosmetik terkemuka untuk remaja, telah memasuki pasaran Malaysia dengan rangkaian terpilih produknya yang boleh didapati secara eksklusif di Shopee.
Direka untuk menjadi sahabat kecantikan gadis, Emina direka dan dirumus khusus untuk memenuhi keperluan kulit remaja dan kehendak kehidupan remaja.
- Foto – Emina
Bercakap mengenai kemusukan jenama itu ke Malaysia, Clarissa A. Gunawan, Ketua Kumpulan Emina Cosmetics berkata;
“Emina telah meletakkan dirinya sebagai salah satu jenama penjagaan kulit dan kismet terkemuka untuk gadis remaja. Ini kerana kami memahami mereka, kulit mereka dan matlamat kecantikan.
“Kami teruja untuk membawa kepakaran kami dalam kulit remaja ke pasaran Malaysia untuk menjadi sahabat kecantikan setiap gadis, melalui barisan produk terbaik kami. Kami berharap dapat menyemai semangat Emina di seluruh negara.
Mulakan Rutin Penjagaan Dengan Emina Bright Stuff Series
Emina membawa produk terlaris mereka Emina Bright Stuff Series, dirumus untuk menjaga kulit kusam dan mencerahkan kulit. Siri ini termasuk pembersih, toner, serum, pelembap, topeng muka, dan juga micellar.
- Foto – Emina
Semua produk dalam siri ini diperkaya dengan ekstrak plum dan agen pencerah berganda yang telah diuji secara klinikal dan terbukti selamat dan lembut pada kulit.
Bukan sahaja menjaga kulit kusam, Emina Bright Stuff Series juga melembapkan kulit dan melindungi daripada pencemaran. Ia juga dibuat dengan bahan-bahan yang selamat dan sesuai untuk kulit remaja.
Tidak hanya untuk penjagaan muka, Emina juga membawakan koleksi mekap seperti mekap mata, bibir, muka dan alat kecantikan. Koleksi ini tertumpu pada formula ringan, mudah digunakan, berpatutan dan berkualiti untuk memastikan remaja kelihatan segar dan berasa yakin.
- Foto – Emina
Emina kini boleh didapati di Malaysia secara eksklusif di Shopee, dengan harga antara RM 6 hingga RM 35.20.