“Siapa yang kulit jenis berminyak, confirm suka dengan foundation viral dari Catrice ini.”
Kalau anda nak cari kosmetik yang yang mesra-bajet, semak saja dekat TikTok. Ada macam-macam produk ‘dupe’ yang memang hebat kualitinya, setanding produk mahal. Macam satu lagi produk viral iaitu foundation keluaran Catrice.
Ramai betul yang suka dengan foundation Catrice HD Liquid Coverage ini. Pengguna TikTok mengatakan foundation ini terbaik kerana sangat ringan, litupan penuh dan kekal tahan lama. Siapa yang rasa nak kecilkan pori dan tutup cela-cela, this is for you!
@rocio.roses #BeautyTutorial #makeupdupes #beautyhacks #beautysecrets #dupes #ultaemployee #beautytips #dupealert #makeupchallenge #makeuptutorial #catrice #part1
Tutup Cela- Cela, Parut Jerawat
Walaupun undertone agak kekuningan, tapi ia mampu menutup cela seperti kemerahan di hidung, dagu dan pipi, membantu meratakan dan mengaburkan pigmentasi dan parut jerawat yang ada pada kulit.
Sangat Tahan Lama, Hingga 9 Jam
Kebanyakan foundation bila kita pakai akan kelihatan bertompok atau cakey selepas beberapa jam, tapi tidak pada foundation Catrice ini. Ia kekal terletak walaupun anda mengharungi hari yang memenatkan.
Sesuai Untuk Kulit Berminyak
@izwanhs Reviewing HD Liquid Coverage Foundation by @catrice.cosmetics . Video semalam kena delete oleh tiktok. 😌 video review kena delete, video menari tnjuk mcm2 xpulak kena delete. Ghisauu 🤧 #catrice #makeup #review #foundation #beautytips #beautyhacks #foryou #fyp #fypmalaysia #watsons
Walaupun bertekstur cecair tetapi ia memberi kemasan matte, jadi sesuai sangat untuk yang kulit berminyak. Litupannya tidak kelihatan dan membuatkan nampak bercapuk.
Sangat Ringan Seperti Yang Ramai Katakan
Banyak foundation yang dipasarkan sebagai ringan tetapi tidak seperti Catrice. Foundation ini mempunyai tekstur air tetapi akan memberikan anda kemasan matte, berlitupan tinggi untuk seluruh wajah. Anda tidak berasa seperti anda pakai foundation, malah kulit boleh bernafas.
Selepas ini, tak perlu lagi beli foundation yang mahal-mahal, dapatkan Catrice HD Liquid Coverage Foundation di drugstore je!