Salah satu drama Korea yang popular tahun 2021 adalah ‘Hometown Cha-Cha-Cha’. Walaupun ia telah meninggalkan kita, tapi setiap babak yang dibentangkan penuh memori. Dari lokasi pengambaran, pilihan fesyen, dan lakon layar.
Mungkin sebab itulah pasangan Pinoy ini memilih konsep gambar pra-perkahwinan inspirasi drama lakonan Shin Min Ah dan Kim Seon Ho itu.
- Foto – JOSEPH ANDRO PHOTOGRAPHY
Kebetulan, pasangan Pinoy ini juga mempunyai latar belakang bidang pergigian, sama seperti watak Shin Min Ah. Di mana, Doc Kian seorang doktor gigi dan mempunyai klinik pergigian sendiri. Clareth, bakal pengantin perempuan pula pengurus pemasaran klinik pergigian juga.
Ada sebab pasangan ini memilih ‘Hometown Cha-Cha-Cha’?
Dipetik dari Cosmo Ph, Doc Kian dan Clareth berkata, Hometown Cha-Cha-Cha menyedarkan mereka apa itu cinta sebenar;
“Kami telah belajar dari HomCha bahawa cinta adalah satu kepuasan dan anda perlu berkorban dan bekerja keras. Ia memerlukan dua orang yang berfikiran terbuka dan matang untuk meghadapi suka duka dalam melalui kehidupan.”
- Foto – JOSEPH ANDRO PHOTOGRAPHY
Clareth juga merupakan peminat Shin Min Ah dan telah mengikuti karier lakonannya sejak drama ‘My Girlfriend is a Gumiho’ lagi.
Mereka mencipta semula beberapa adegan ikonik Hong dan Hye Jin. Jika anda peminat tegar HomCha, ini akan membuatkan anda gembira.
- Foto – JOSEPH ANDRO PHOTOGRAPHY
- Foto – JOSEPH ANDRO PHOTOGRAPHY
- Foto – JOSEPH ANDRO PHOTOGRAPHY
- Foto – JOSEPH ANDRO PHOTOGRAPHY
- Foto – JOSEPH ANDRO PHOTOGRAPHY
- Foto – JOSEPH ANDRO PHOTOGRAPHY
Comelkan mereka.