Wanginya kamu! Setiap hari sembur wangian berbeza mengikut mood dengan Bloop Fragrance Mist, terasa diri begitu berharga.
Bloop, jenama kelahiran Australia telah menambah rangkaian produk kecantikannya ‘fragrance mist’ sesuai untuk wanita dan lelaki. Dengan lapan aroma yang mengasyikkan, mist ini bukan sahaja akan membuatkan anda berbau harum tetapi juga menaikkan semangat dengan kata-kata yang memberi dorongan.
Lapan Bau Lapan Nama Diberi
Mist ini digandingkan dengan nama yang memberi inspirasi untuk menyebarkan positif dan menimbulkan perasaan cinta, kegembiraan dan dorongan istimewa buat peminat jenama meneruskan kehidupan seharian mereka.
- Foto – Bloop
Antaranya Be Happy, Believe in Yourself, Best Friend Forever, Doubt Not, Faith Hope Live, Just Breathe, Love One Another dan Choose Joy x Dignity, serta-merta akan membawa si pemakai menyelubungi diri mereka dengan aroma terindah.
Secara ringkas tentang Scent It! Fragrance Mist:
- Direka untuk menyebarkan positif dan menimbulkan perasaan cinta, kegembiraan dan dorongan.
- Padat dan tidak rumit dengan saiz 15ML (rata dan lebih kecil daripada tapak tangan).
- Cara mudah untuk menyegarkan diri anda pada bila-bila masa.
- Foto – Bloop
Bloop Fragrance Mist boleh didapati di Lazada, Shopee, Watsons dengan harga RM15.90.