Sanggup ke makan macam-macam sebab nak putih dan kurus untuk nampak cantik, tapi akhirnya menderitai pelbagai penyakit?
Tular di TikTok seorang wanita terpaksa dikejarkan ke hospital selepas melakukan rawatan whitening drip dan mengambil jamu.
Katanya Nampak Cantik Bila Kurus & Putih
Dikenali sebagai Umie Hafiza, wanita ini terpaksa ditahan di Hospital Besut, Terengganu selama 4 hari selepas disahkan menghidapi masalah pembengkakan hati.
“Sedikit pesanan daripada saya yang telah insaf terlalu taksub nak putih. Kesan drip whitening, makan jamu dan minuman untuk kurus. Punca hati tinggi. Hati bengkak.”
Akuinya disebabkan oleh ketaksuban untuk mahu tampil putih dan kurus dalam sekelip mata, dia melakukan rawatan whitening drip dan mengambil jamu tanpa memikirkan akibatnya pada kesihatan.
Peritnya! Siap Kena Ambil Darah & Masukkan Air
Pada awalnya Umie mendedahkan dia merasai sakit pada bahagian hati iaitu di dada kanan. Kemudian ada kalanya dia mengalami muntah-muntah selama 2 minggu sebelum dikejarkan ke hospital.
Disebabkan oleh itu badannya perlu dimasukkan 11 botol air dan ambil darah sebanyak 3 kali untuk menstabilkan semula keadaan badannya. Tambahnya lagi dia juga perlu menjaga pemakanan seharian dan perlu mengelak beberapa makanan yang boleh memudaratkan kesihatan.
https://www.tiktok.com/@umiehafiezaa/video/7020652493474499866?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id6893908700412200449
Pengguna TikTok Dedah Ada Yang Maut?
Ada yang pernah melihat dan pesakit tidak sempat melakukan rawatan dan maut.
Alami masalah kuning dan bacaan hati menjadi tinggi sebabkan oleh pengambilan ubat putihkan badan dan jamu.
Malah ada yang menjadi koma selepas melakukan whitening drip buat pertama kali.