Wahai lelaki, anda pun patut jaga penampilan diri, mulakan dengan kulit wajah. Penjagaan kulit bukan untuk kaum hawa sahaja. Penjagaan kulit muka adalah penting buat para lelaki terutamanya untuk memastikan kulit sihat.
Jika anda tak tahu bagaimana nak mulakan caranya, Wanista kongsi 6 rutin mudah para lelaki boleh buat.
Gunakan produk yang bersesuaian dengan muka
Kebanyakan lelaki mempunyai isu dengan misai, janggut atau jambang. Ini termasuk apa yang digunakan untuk mencukur dan bagaimana kulit muka dijaga selepas dicukur. Daripada menggunakan sabun buku, gunalah produk yang lebih lembut dan kurang kasar.
- Foto – Spoke Style
Sabun buku kasar untuk kulit muka. Ini kerana sabun buku selalunya mengandungi bahan-bahan seperti wangian atau detergen kasar yang berpotensi untuk menghilangkan minyak semula jadi yang diperlukan untuk memastikan keseimbangan kulit muka kita.
Basuh dan cuci muka ikut jenis kulit
Guna pencuci muka yang bersesuaian dengan jenis kulit boleh menyebabkan perubahan. Elak sabun-sabun biasa yang kasar dan yang mampu menghilangkan minyak semulajadi kulit anda. Sebaliknya, pilihlah pencuci muka lembut yang telah diuji pakar dermatologi serta bebas sulfat.
Hidrat dan lembapkan kulit setiap hari
- Foto – Business Insider
Cari pelembap muka yang mampu memberi hidrat yang secukupnya dan mempunyai sifat kelebihan seperti Faktor Perlindungan Matahari (SPF) dan antioksidan. Sifat-sifat tersebut akan memastikan kulit anda lembut dan lembap sekaligus mengurangkan kedut dan garis halus yang ketara.
Pakai mask tiap minggu
Selain itu, penggunaan mask muka tiap minggu juga merupakan satu keperluan. Menggunakan mask sekali atau dua kali seminggu boleh membantu menghilangkan kekotoran yang terkumpul di kulit muka anda. Pemakaian mask tiap minggu dapat membantu mengawal pengeluaran minyak kulit anda.
Jangan lupa pelindung matahari
Melindungi kulit daripada matahari tanpa mengira cuaca merupakan satu langkah yang tidak patut diketepikan setiap hari, tanpa mengira cuaca.
Dengan mengguna pelindung matahari yang efektif, anda bukan sahaja mengurangkan peluang untuk mengalami kesan kulit terbakar (sunburn) tetapi dengan mengelak radiasi UV, anda juga boleh mencegah tanda-tanda penuaan awal akibat dedahan kepada matahari dan terutamanya penyakit kulit.
Semoga rutin ini membantu anda mendapatkan kulit flawless!